Sibuk Punca KRU Belum Tetap Tarikh Konsert Ulang Tahun Ke-25

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 6:00 AM

KRU merancang untuk mengadakan sebuah konsert berskala besar bersempena sambutan ke-25 penglibatan mereka dalam bidang seni.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan terkenal KRU berharap dapat mengadakan sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur khas buat peminat sebagai meraikan 25 tahun penglibatan mereka dalam bidang seni.

Salah seorang anggotanya, Yusry Abdul Halim, 44, berkata, mereka merancang untuk mengadakan konsert berkenaan pada tahun ini namun masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu.

"Kami merancang untuk mengadakan konsert berkenaan bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-25 KRU tetapi sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong kerjaya kami selama ini.

"Insya-Allah konsert itu akan diadakan pada tahun ini tetapi buat masa ini kami masih belum mempunyai sebarang tarikh tertentu untuk tujuan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Selain Yusry, KRU yang ditubuhkan pada tahun 1992 turut dianggotai oleh Datuk Norman Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.

Dalam pada itu, Yusry berkata, kesibukan dan kekangan masa antara kekangan buat mereka membuat keputusan memilih tarikh sesuai bagi merialisasikan hasrat tersebut.

Kata Yusry, mereka masing-masing mempunyai komitmen tersendiri dan agak sukar untuk mengumpulkan mereka tiga beradik memandangkan konsert berkenaan memerlukan latihan yang panjang.

"Saya, Norman dan Edry masing-masing ada kerja dan tanggungjawab berbeza yang menyukarkan kami untuk bertemu dan berbincang.

"Tambahan pula konsert yang hendak diadakan ini bukan persembahan biasa jadi persiapan rapi perlu dilakukan," katanya.

Bagaimanapun kata Yusry, walaupun sibuk mereka akan memastikan perancangan itu bakal terlaksana demi peminat.

"Julai tahun lalu kami pernah adakan konsert sama di Singapura tetapi itu sebagai pemanas badan sebelum persembahan sebenar di Kuala Lumpur.

"Adalah tidak adil kalau kami tidak buat konsert itu di negara sendiri, Insya-Allah perancangan itu akan terlaksana," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan