"Biarlah Nak Kata Saya Gedik" - Ifa Raziah Jawab Muncul Di AJL31 Ketika Sakit

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 3:33 PM

Ifa Raziah ingin orang ramai melihat dia masih kuat. Foto HAFIZ IDZLA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ifa Raziah yang sebelum ini dilaporkan sakit menjelaskan, kemuculannya menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) adalah untuk melegakan kebimbangan peminat selain menunjukkan dirinya masih kuat.

Ifa Raziah atau Saripah Raziah Mustapha, 40, berkata, dalam masa yang sama dia ingin memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang bertandiung dalam acara itu.

"Biarlah orang nak kata saya nampak 'tergedik' atau 'over' asalkan kehadiran saya pada malam itu boleh membuatkan hati peminat saya lega melihat keceriaan saya seolah-olah saya tidak pernah sakit.

"Saya menari pada malam itu kerana saya cukup terhibur menonton persembahan dari kumpulan Khalifah menerusi lagu 'Hang Pi Mana' dan juga persembahan dari ratu rock negara, Ella.

Ifa Raziah berkongsi cerita keadaan kesihatannya di laman sosial Instagram miliknya.
"Jadi, salahkah saya sesekali nak bergembira di saat ingin melupakan kerisauan saya pada risiko penyakit yang sedang saya tanggung sekarang?" katanya kepada mStar Online.

Ifa Raziah ditemui selepas selesai AJL31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada Ahad.

Penyanyi dangdut ini terdahulu dilaporkan diahan di sebuah pusat perubatan swasta minggu lalu, kerana mengalami sakit perut yang teruk setelah pulang dari Jakarta, Indonesia.

Imej Ifa Raziah ketika melalui karpet merah, AJL31 pada Ahad.

Doktor mengesahkan dia berdepan dengan empat jenis penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid.

Bagaimanapun kelibat Ifa di malam AJL31 sambil menari dan menyanyi mendapat kritikan netizen yang sebelum ini menganggap dia sedang sakit.

Dalam pada itu kata Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (PBDM) ini lagi, dia tidak mahu kesakitan yang dialaminya dijadikan alasan untuk dia menjauhkan diri daripada semua orang.

"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menunjukkan diri saya sakit sebab saya tahu perkara itu boleh membuatkan saya akan kehilangan peluang kerja kerana orang tidak mahu ambil risiko bekerja dengan orang sakit.

"Justeru, selagi terdaya saya kuatkan diri dan cuba yakinkan pada semua orang yang saya sebenarnya masih kuat untuk bekerja, bukan sekadar mahu meraih simpati,” katanya.

Kata Ifa, atas nasihat doktor juga, dia kini harus berpantang banyak perkara terutama dan tidak memakan makanan yang terlalu keras untuk mengelakkan kecederaan serius pada usus.

Tambah Ifa, doktor turut memberitahunya, masalah kolesterol tinggi, asid dalam perut, sembelit, kerap batuk dan obesiti antara punca terjadinya penyakit berkenaan.

Dia dijadualkan menjalani pembedahan usus selepas cuti Tahun Baharu memandangkan beberapa komitmen kerja yang perlu dilangsaikan agar tidak menyusahkan banyak pihak.

Tags / Kata Kunci: Ifa Raziah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan