Rambut Pendek Bukan Bererti Jiwa Tak 'Rock' - Aweera - Berita Hiburan | mStar

Rambut Pendek Bukan Bererti Jiwa Tak 'Rock' - Aweera

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 6:10 AM

Imej terbaharu Aweera yang kini berambut pendek. Foto Instagram @aweera_official

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aweera menjelaskan tindakannya memotong rambut pendek baru-baru ini bukan bererti dia tidak lagi berjiwa 'rock'.

Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 26, sebaliknya berkata, keputusannya itu dibuat kerana ingin melakukan pembaharuan dari segi imej memandangkan sudah terlalu lama menyimpan rambut panjang sebelum ini.

"Dari sejak awal kemunculan rambut saya sama sahaja iaitu panjang dan kerinting, jadi tahun ini apa salahnya saya buat pembaharuan dari segi imej agar lebih segar.

"Label muzik rock dan berambut panjang itu orang yang buat tetapi pada saya tidak kira pendek atau panjang itu bukan ukuran jiwa 'rock' tetapi ia hanya sekadar imej," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aweera mengakui sebelum bertindak memotong rambutnya dia terlebih dahulu meminta pandangan rakan-rakannya sama ada imej berkenaan sesuai dengannya atau pun tidak.

Aweera sebelum ini sinonim dengan imej rambut panjang dan kerinting.

Katanya, ada di antara mereka yang tidak bersetuju dengan keputusannya itu namun tetap nekad untuk menukar stail rambutnya.

"Ada yang sokong dan ada juga minta saya kekalkan imej rambut panjang dan kerinting yang sudah sinonim dengan diri saya.

"Tetapi saya nekad potong kerana jika saya sudah bosan dengan imej ini saya masih boleh kembali simpan rambut saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia kini sedang dalam persiapan untuk melancarkan single terbaharunya yang berjudul Wanita Cinta Teragung.

Kata Aweera, lagu berkenaan adalah hasil ciptaan sepenuhnya dan berharap peminat akan menyukai karyanya itu.

"Sejajar dengan imej baharu ini saya juga bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat ini.

"Insya-Allah, tahun ini juga saya ingin benar-benar fokus kepada karier nyanyian berbekalkan dengan semangat tahun baharu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Aweera , Wanita Cinta Teragung
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan