'Lelaki Teragung' Juara AJL31

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 11:57 PM

Lagu ciptaan Iman Imran dan Natasyah berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Ahad. Foto AZLINA ABDULLAH & HAFIS IDZLA HAFIDZAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Iman Imran dan Natasyah berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Sementara itu Dayang turut menepati ramalan apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai dinobat sebagai naib juara AJL31.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

Untuk rekod, ia kemenangan ketiga penyanyi itu menerusi kategori berkenaan dan sebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Naib juara pula milik lagu berjudul Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar.

Kemunculan pertama Projector Band di pentas AJL membuahkan hasil apabila lagu Sudah Ku Tahu mendapat tempat ketiga.

Ia membolehkan Ajai membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu mendapat tempat ketiga.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Dayang turut membawa pulang trofi vokal terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

Persembahan Terbaik pula milik kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Lagu yang turut dipertandingkan pada AJL31 adalah Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama (Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret).

Turut bertanding adalah Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Persembahan Terbaik milik kumpulan Khalifah.

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan juara program Asia Got Talent dari Filipina yang mengiringi nyanyian Jaclyn Victor menerusi lagu Gemilang dengan tarian bayang.

AJL31 juga turut menampilkan Man Bai, Ameng dan Ella yang membuat persembahan istimewa untuk dua penulis lirik terkenal iaitu Allahyarham Juwie atau Abdul Jalil Salleh dan Loloq (Rosli Khamis).

AJL31 dihoskan oleh Awal Ashaari, Fara Fauzana, Fizi dan Sarimah Ibrahim.

Mereka menyampaikan lagu-lagu seperti Masih Aku Terasa, Sampai Hati, Layar Impian dan Permata Pemotong Permata.

Pada tahun ini, AJL31 mengangkat tema 'Cerita Dalam Lagu' demi memartabatkan hasil nukilan penulis lirik lagu-lagu terbaik 2016.

AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan empat pengacara iaitu Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari, Fara Fauzana dan Fizi Hot FM.

Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31)

Anugerah Juara Lagu
Lagu: Lelaki Teragung
Komposer: Natasyah
Lirik: Iman Imran
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Hadiah: RM50,000 dan trofi

Tempat kedua
Lagu: Terimaku Seadanya
Komposer: Ajai
Lirik: Ajai
Penyanyi: Misha Omar & Hafiz Suip
Hadiah: RM35,000 dan trofi

Tempat ketiga
Lagu: Sudah Ku Tahu
Komposer: Razif
Lirik: Razif
Penyanyi: Projector Band
Hadiah: RM20,000

Vokal Terbaik
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Lagu: Lelaki Teragung
Hadiah: RM12,000

Persembahan Terbaik (Undian penonton)
Penyanyi: Projector Band
Lagu: Sudah Ku Tahu
Hadiah: RM12,000

 


Tags / Kata Kunci: Lelaki Teragung , AJL31

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan