"Rezeki Saya Masih Ada Walaupun Sedikit" - Wahid (Senario)

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 6:01 AM

Wahid (Senario) masih belum bersara dalam bidang seni. Foto M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota kumpulan Senario iaitu Wahid berkata, ramai pihak menyangka dia sudah bersara daripada dunia hiburan ekoran gambarnya ketika berada di masjid menjadi tular di laman sosial.

Wahid atau Abdul Wahid Mohd, 42, berkata, dia sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran diterimanya semakin berkurangan.

"Hanya kerana saya dilihat sudah 'alim' dan ada gambar saya di masjid menjadi viral (tular) saya dikatakan sudah bersara tetapi sebenarnya tidak.

"Tanggapan itu dibuat hanya melihat saya secara mata kasar dan gambar-gambar yang menjadi viral.

"Saya masih Wahid yang seperti anda kenal dan saya tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang saya dapat sejak tidak lagi bersama TV3," katanya kepada mStar Online.

Wahid ditemui pada sidang media pelancaran muzik video SenarioToons nyanyian kumpulan Lawa Nie Gang di pejabat Warner Music  di sini, Jumaat.

Wahid (dari kiri) bersama kumpulan Lawa Nie Geng iaitu Muyu, Abon dan Azlee (Senario).
Ia adalah lagu tema siri animasi SenarioToons yang diadaptasi daripada kisah kumpulan Senario.

SenarioToons ditayangkan menerusi slot Bananana setiap Sabtu, pukul 9.30 pagi sejak Ogos tahun lalu di TV3.

Bercakap lanjut mengenai penghijrahannya, Wahid berkata, ia bukan isu kerana apa dilakukan sebagai tanggungjawab sebagai seorang Islam.

"Saya dekatkan diri dengan agama bukan baru sebenarnya tetapi sudah lama.

"Menjaga solat dan taat kepada agama itu wajib bagi semua umat Islam dan saya tidak terkecuali.

"Saya hanya lakukan apa yang wajib dibuat dan perubahan yang dilihat tiada kena mengena dengan 'kehilangan' saya daripada industri," ujarnya.

Sementara itu, Wahid memberitahu sepanjang tiga tahun kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga di Ipoh ekoran tidak mempunyai banyak tawaran yang memerlukan dia berada di Kuala Lumpur.

Pun begitu kata Wahid, dia tidak berasa kecewa dengan situasi itu kerana menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku selain rezekinya belum tiba.

Wahid (kiri) bersama rakannya dalam Senario iaitu Azlee.
"Jujur saya katakan selepas tidak bersama TV3 saya berasa kecewa juga kerana sudah 20 tahun bersama stesen berkenaan sehingga tidak tahu hendak buat apa.

"Tetapi saya kata kepada diri sendiri dan rakan-rakan bahawa rezeki Allah itu luas dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

"Memang tawaran agak berkurangan sejak tiga tahun kebelakangan ini namun saya tetap bersyukur kerana rezeki saya sentiasa ada walaupun sedikit," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Wahid memberitahu dia bersama anggota Senario yang lain mempunyai beberapa perancangan untuk merancakkan kembali nama mereka terutama di kalangan peminat baharu.

"Insya-Allah kami akan tampil dengan projek baharu dan sudah merangka beberapa perancangan.

"Seperti siri animasi SenarioToons saya bersyukur pihak M Toons Sdn Bhd sudi menghasilkan kartun ini kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengubat kerinduaan peminat sekali gus menarik peminat cilik mengenali Senario," katanya.
Tags / Kata Kunci: Wahid , Senario

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan