Masalah Suara Punca Anuar Zain Batalkan Konsert Pada Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 12:37 AM

Anuar Zain.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain terpaksa membatalkan persembahannya pada Konsert Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana pada Sabtu akibat kehilangan suara.

Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 47, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada awal pagi Sabtu berkata, keputusan itu dibuat selepas akur dengan nasihat daripada doktor yang mengarahkannya berehat.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia merupakan satu keputusan yang amat sukar dilakukan.

"Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya," ujar Anuar  yang  dijadual mendendangkan 14 lagu popularnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron turut melahirkan rasa kesal atas pembatalan konsert itu.

Pihak kami difahamkan Anuar telah kehilangan suaranya pada hari ini (Jumaat) dan dinasihatkan agar tidak meneruskan konsert seperti yang direncanakan.

"Biarpun ia amat mendukacitakan pihak kami dan peminat, namun kami perlu mengutamakan kesihatan beliau.

"Semoga beliau cepat sembuh. Beliau sememangnya seorang yang Hear Forever dalam hati kami semua," ujar Adam.

Menurut kenyataan itu, segala informasi terkini terutama mengenai tiket akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tiket menyaksikan persembahan itu dijual pada harga antara RM388 hingga RM888.

Tags / Kata Kunci: Anuar Zain

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan