Zul Ariffin Lebih Tenang Selepas 'Hilang' Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 12:35 PM

Zul Ariffin tenang tanpa populariti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin berkata dia berasa lebih tenang dan kembali mendapat privasi selepas mengambil pendekatan menyepikan diri daripada dunia lakonan kira-kira setahun.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 32, berkata, dia tidak cemburu atau berasa kurang popular selepas perhatian peminat kini beralih kepada pelakon-pelakon lelaki lain.

"Ia bagus apabila kita tidak lagi menjadi tumpuan peminat, saya rasa lebih tenang kerana saya akui tidak semua orang boleh kawal perkara itu, saya sendiri tidak mampu mengawal populariti yang saya terima suatu ketika dahulu.


"Pada saya ia memerlukan kekuatan mental kerana ke mana kita melangkah sehingga nak masuk tandas pun ada yang ingin bergambar," ujarnya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis pelancaran filem Permata Hati yang diadakan di Golden Screen Cinema (GSC), The Garden,  petang Khamis.

Permata Hati
arahan dan tebitan Datuk Seri Shah Rezza itu boleh dilanggan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari ini.

Filem tersebut dibintangi oleh Elaine Daly, Elfira Loy, Edika Yusuf, Zoey Rahman, Danny X Factor, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, Zul turut menasihati pelakon-pelakon yang sedang melalui zaman populariti agar menggunakan peluang itu dengan perkara yang lebih bermanfaat untuk kerjaya mereka pada masa hadapan.

"Saya nasihatkan agar tidak terlalu asyik dengan populariti yang mereka terima kerana perkara itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

"Pada akhirnya nanti ia akan melihat kepada bakat dan kualiti kerja untuk terus bertahan dalam industri ini," ujarnya.

Sementara itu, ditanya dalam tempoh setahun menyepi, Zul berkata, dia sibuk menjalani penggambaran untuk dua filem yang bakal disiarkan tahun ini.

Katanya, dia juga baharu sahaja selesai penggambaran drama Menanti Februari yang bakal disiarkan pada Mac ini bersama Fathia Latiff.

"Saya sibuk siapkan dua filem tahun lalu dan filem-filem itu ditayangkan tahun ini. Tahun ini, Insya-Allah saya kembali berlakon drama semula," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan