Faizal Tahir Mahu Kekal Relevan Dalam Industri Muzik

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir menganggap kemenangannya dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik di Era Digital Awards 2016 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), malam Rabu lalu sebagai salah satu cara untuk kekal releven dalam industri muzik tanah air.

Faizal Tahir atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 39, berkata, penting untuk dirinya berada dalam keadaan itu semata-mata memperjuangkan sebuah badan kebajikan yang membantu golongan memerlukan dikenali sebagai Iamfaithmen Movement.

"Alhamulillah biarpun anugerah ini bukan anugerah yang besar tapi bagi saya ia sebagai cara menjadikan diri saya masih kekal relevan berada dalam industri muzik tanah air.

"Kalau dilihat saya paling tua daripada penyanyi-penyanyi lain, tapi saya akui penting bagi saya untuk terus bersaing kerana saya ada badan organisasi Iamfaithmen Movement yang perlu diperjuangkan," ujarnya kepada mStar Online.

Faizal Tahir akan terus bersaing dalma industri muzik - Foto IG Era Fm.

Faizal ditemui pada majlis anugerah Era Digital Awards 2016 yang disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi Era FM.

Tambah Faizal lagi, dia akan berusaha untuk terus memberi produk terbaik setiap tahun bagi menjadikan namanya masih wujud dan bersaing dalam industri.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia baharu sahaja melancarkan muzik video lagu Sejati pada petang Rabu lalu.

Muzik video tersebut berkisarkan tentang kehidupan bermasyarakat dan masih ada insan di luar yang perlu diberi bantuan.

"Saya baru sahaja lancar dan menerusi video muzik itu saya ingin berkongsi tentang perjuangan Iamfaithmen Movement dan pandangan tentang masyarakat kita sekarang.

"Ia bukan bermakna saya ini sudah sempurna tetapi ia cara untuk berkongsi kebaikan dan ia juga sebenarnya peringatan kepada diri saya sendiri," ujarnya.

Muzik video yang baharu dilancar sehari lalu kini sudah mencecah lebih 100,000 tontonan di YouTube.

Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan