Khai Bahar Tidak Cemburu Kejayaan Aiman Tino & Sufian Suhaimi

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 6:00 AM

Khai Bahar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar memberitahu dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan artis seangkatan dengannya seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi walaupun dia lebih awal mencipta fenomena di media sosial.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 23, menganggap kejayaan dua arits itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing.

Sufian Suhaimi (kiri) dan Aiman Tino.

"Saya anggap itu semua rezeki yang sudah ditentukan, tapi saya bersyukur single pertama saya Bayang tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar.

"Cuma rezeki saya belum sampai untuk beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu, Insya-Allah saya harap diberi peluang untuk berada di pentas besar seperti itu," ujarnya kepada mStar Online.


Khai mengulas tentang single pertamanya berjudul Bayang tidak dapat menyaingi lagu rakan seangakatannya seperti Aiman Tino yang popular dengan lagu Rela Ku Benci dan Sufian Suhaimi (Terakhir).

Khai sebelum ini menjadi fenomena apabila duetnya dengan Siti Nordiana di aplikasi Smule menerusi lagu Memori Berkasih menjadi tular.

Video berkenaan turut ditonton lebih lapan juta kali di YouTube.

Dalam pada itu, Khai menganggap kehadiran penyanyi-penyanyi baharu sebagai satu saingan yang sihat dan tidak langsung menjejaskan kerjayanya.

"Saya berada dalam industri ini bukan sebab nak popular sahaja, saya hanya ingin tunjukkan bakat. Jadi, saya tidak rasa terjejas pun jika munculnya penyanyi-penyanyi baru,” ujarnya.

Sementara itu, Khai berkata, dia juga bakal mengeluarkan single kedua pada bulan hadapan.

Katanya, single tersebut hasil ciptaan Danny yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Mojo.

"Insya-Allah, lagu Bayang masih berada di tangga pertama carta Muzik-Muzik dan saya bakal keluar dengan single kedua pula berjudul Dari Jauh Sahaja," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Khai Bahar , Sufian Suhaimi , Aiman Tino

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan