'Hidup Dalam Mati', Antara Pemenang Anugerah Era Digital Muzik 2016

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 10:53 PM

Syamel dengan trofi kemenangannya. FOTO: Instagram Era FM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Syamel menerusi lagu Hidup Dalam Mati diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 pada Anugerah Era Digital Muzik 2016 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, malam Rabu.

Selain itu, penyanyi lagu Sejati, Faizal Tahir dipilih memenangi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 menewaskan Juzzthin, Tasha Manshahar, Waris dan Yuna.

Pemenang dipilih sepenuhnya menerusi undian peminat di laman web Era FM yang dibuka sejak 4 sehingga 17 Januari 2017.

Aiman Tino memenangi kategori Lagu Paling Emo 2016.

Sementara kategori Lagu Paling Emo 2016 dimenangi menerusi karya Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino menewaskan empat lagu popular lain seperti Demi Cinta, Takkan Pergi, Sudah Ku Tahu dan Terakhir.

Penyanyi lagu Nakal, Ayda Jebat memenangi kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta Era 40.

Manakala, kumpulan Colour of  Voices memenangi kategori Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016.

Acara yang pertama kali dianjurkan oleh  Era FM ini bersiaran secara langsung di laman web rasmi radio berkenaan.

Acara berlangsung selama sejam itu dihoskan oleh pelawak Nabil Ahmad.

Program itu turut dimeriahkan dengan persembahan Amira Othman, Khai Bahar, Altimet, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rosli.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan