Amira Othman Belum Sedia Punyai Teman Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 6:01 AM

Amira Othman berhajat untuk mendirikan rumah tangga pada usia 28 tahun. Foto ART CHEN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Jaga-Jaga iaitu Amira Othman belum terfikir untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 24, berkata, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk dia memberi perhatian kepada kerjaya berbanding memikirkan soal teman hidup.

"Saya belum ada kekasih atau teman lelaki yang istimewa setakat ini kerana saya sibuk dengan kerja. Mungkin juga usia yang baru sahaja 24 tahun membuatkan saya masih rasa selesa dan tidak risau untuk mempunyai teman lelaki.

"Namun, saya ada target untuk mendirikan rumah tangga iaitu pada umur 28 tahun, Insya-Allah kalau ada jodoh," ujarnya kepada mStar Online.

Amira ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Meriel Skin Care & Cosmetic yang berlangsung di Saloma Bistro, di sini Selasa.


Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon drama Abang Bomba I Love You ini berkata, dia memilih untuk tidak menjalinkan hubungan cinta dalam jangka masa yang panjang.

Dia juga mengelak untuk bercinta dengan lelaki daripada golongan artis.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercinta lama-lama kerana takut buang masa tidak jadi kahwin pula. Saya fikir tidak perlu bertunang, buat yang wajib sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, Amira berkata, dia merancang untuk berlakon sebuah drama pada tahun ini.

Katanya, selepas sambutan baik dalam Abang Bomba I Love You, dia terpaksa menolak beberapa tawaran drama berikutan jadual nyanyian yang agak padat.

"Ada tawaran untuk drama tapi saya tak dapat ambil kerana jadual saya sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O dan nyanyian agak padat.

"Saya tidak mahu terkejar-kejar dan menyusahkan orang lain jika datang lambat ke lokasi penggambaran," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Amira Othman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan