Hazami Terpaksa Jaga Makan Selepas Jatuh Sakit

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 6:00 AM

Hazami azam laksanakan rancangan tertangguh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hazami memberitahu dia lebih mengambil berat soal pemakanan selepas berhadapan dengan masalah usus berdarah sejak lebih setahun lalu.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 42,  berkata, dia perlu memastikan makanan yang dimakan perlu dimasak sepenuhnya.

"Sejak jatuh sakit saya perlu jaga pemakanan, yang penting ialah makanan yang seratus peratus masak sebab itu saya lebih suka memasak di rumah kerana saya tahu makanan itu sempurna ataupun sebaliknya.

Hazami mahu teruskan rancangan yang tertangguh.

"Selain itu, saya perlu elak mengambil makanan bercili, makanan laut dan daging," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia juga perlu menjaga tidur dan masa rehat secukupnya agak penyakit tersebut tidak mudah berulang.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan lain Hazami berkata, dia mempunyai banyak perancangan yang tertangguh disebabkan masalah kesihatannya itu.

Tambahnya, sempena tahun 2017 ini dia merancang untuk kembali meneruskan kerja-kerja tertangguh tersebut.

"Sebenarnya saya banyak perancangan untuk keluar album, penggambaran klip video, showcase dan macam-macam lagi.

"Tapi semua terpaksa dibatalkan selepas saya sakit. Album saya itu seperti sudah terlambat dan saya teragak-agak untuk keluarkan atau tidak.

"Saya berharap sangat tahun 2017 ini menjadi masa untuk saya laksanakan rancangan-rancangan tersebut satu persatu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hazami

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan