Ajai Harap Salma Tidak Lagi Sertai Pertandingan Realiti

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 11:34 AM

Ajai (kiri) bersama Salma pada pertandingan Epik 3 Juara.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Komposer Ajai berharap penyanyi bawah tunjuk ajarnya menerusi program realiti 3 Juara iaitu Salma tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan realiti selepas berakhirnya program Pentas Epik 3 Juara, pada Ahad.

Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 42, berkata, sudah waktunya penyanyi itu berada pada tempatnya sendiri setelah dua kejuaraan diraih menerusi dua program realiti terbitan TV3 termasuk sebagai juara Mentor musim kelima.

"Kalau boleh saya tidak mahu lagi Salma menyertai mana-mana program realiti seumpamanya kerana program 3 Juara dan Pentas Epik 3 Juara sudah membuktikan dia seorang penyanyi yang hebat dan akan lebih dikenali selepas ini.

"Tambah pula dia akan menyertai produksi saya, Wake The Baby Record di mana saya sasarkan single yang bakal dikeluarkan nanti mempunyai kualiti untuk dipertandingkan ke anugerah berprestij seperti ke Anugerah Juara Lagu," katanya kepada mStar Online.

Ajai ditemui di sidang media selepas selesai program realiti Pentas Epik 3 Juara yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu katanya lagi, pemilihan Salma menyertai program 3 Juara adalah kerana bakat luar biasa yang ada pada penyanyi kelahiran Sabah ini dan ia seolah-olah tidak 'dilihat' dan dicanang sebelum ini.

Dari kiri Kudien, Salma dan Azizul.
"Memang ada yang persoalkan kenapa Salma masih dipilih sedangkan dia pernah menjuarai pertandingan realiti Mentor musim kelima.

"Sebenarnya, konsep rancangan ini sendiri turut memberi ruang kepada artis yang kurang berjaya meletakkan nama di dalam industri sebaliknya mempunyai bakat yang luar biasa dan ia perlu di ketengahkan. Salma salah seorang artis yang berada dalam kategori itu," ujarnya.

Manakala Salma pula melihat kemenangannya itu sebagai peluang untuk dia menjenamakan namanya di pentas hiburan tanah air selepas ini.

"Kemenangan ini bukti bahawa penglibatan saya di dalam lapangan nyanyian bukanlah 'main-main' sebaliknya sesuatu yang serius.

"Justeru, saya berharap inilah waktunya nama saya boleh bertapak kukuh dan terus konsisten sebaris dengan penyanyi popular lain sedia ada,” katanya.

Menerusi program berkenaan, Salma bersaing dalam kategori Balada di bawah tunjuk ajar komposer Ajai yang melayakkannya menjuarai kategori itu sehingga membolehkan dia  membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Dia mengalahkan Kudein (kategori Rock) dan Azizul (kategori Irama Malaysia).
Tags / Kata Kunci: Ajai , Salma , 3 Juara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan