Hazama Hanya Ambil Masa Seminggu Buat Persiapan Kahwin

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 2:14 PM

Hazama bersyukur majlis pernikahannya dengan Genervie Kam berjalan lancar. Foto Ihsan CUBIC FOTO

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Penyanyi Hazama berkata, persiapan kahwinnya dengan pemuzik Genervie Kam yang berlangsung pada Ahad dibuat hanya dalam tempoh seminggu sahaja.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, 33, berkata, dia membuat keputusan tersebut selepas mendapati tarikh berkenaan paling sesuai sebelum dia kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

"Saya buat persiapan pada minggu lepas kerana selepas mencari tarikh hanya minggu ini yang tiada kerja, minggu depan jadual saya penuh sehingga bulan Ramadan.

"Masa itu saya fikir jalan sahajalah, kalau jadi, jadilah kalau tidak jadi pun kita tangguh sahaja (kahwin).

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Urusan jemputan pun saya buat dua hari sebelum nikah," ujarnya kepada mStar Online.


Hazama ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung di Orchard Villa, di sini, pada malam Ahad.

Penyanyi lagu Sampai Mati  ini diijabkabulkan dengan kekasihnya Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad di lokasi yang sama.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja tanpa sebarang liputan media.

Dalam pada itu, Hazama berkata, pada rancangan awal dia hanya ingin mengadakan majlis secara kecil-kecilan, namun ramai pihak yang tampil untuk menaja perkahwinan tersebut.

"Saya rancang ingin nikah sahaja dan tiba-tiba ramai pula yang ingin menaja, semuanya kawan-kawan yang tidak sabar melihat kami berkahwin.

"Itu saya kata, perkahwinan kami atas belas ehsan kawan-kawan, macam solekan Genervie malam ini Misha Omar yang sponsor," ujarnya.



Dalam pada itu, ditanya majlis pernikahan tersebut dilakukan secara tertutup, Hazama berkata, dia tidak mahu berada dalam tekanan ketika upacara akad nikah dilakukan.

Katanya, dia mahu keadaan itu menjadi satu saat yang manis antara dia dan keluarga sahaja.

"Bukan saya tidak mahu jemput media untuk akad nikah, cuma saya tidak mahu perkara itu akan beri tekanan kepada saya ketika lafaz nikah," ujarnya.

Sementara itu, Genervie mengakui sudah memeluk agama Islam pada pertengahan tahun lalu.

Katanya, perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan penyanyi berkenaan.

"Saya tukar agama pada pertengahan tahun lalu dan saya buat sendiri semua urusan itu tanpa pengetahuan Hazama pun.

"Selepas semuanya selesai barulah saya beritahu dia dan bersedia untuk berkahwin. Saya sebenarnya tidak kisah pun dengan majlis besar atau kecil, saya tahu dia sibuk sangat sekarang," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Hazama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan