Fattah Amin, Pekin & Tomok Menyanyi Dalam Komuter KTM

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 5:00 AM

Fattah Amin antara artis telibat projek Busking Aid On Train Sabtu depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 14 orang artis popular tanah air bakal menghiburkan penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter pada Sabtu depan.

Program amal yang diberi nama Busking Aid On Train itu bertujuan menghiburKan sambil mengutip derma untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.

Ini merupakan projek artis yang terlibat sebagai pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Industri Kreatif akan diketuai oleh tiga selebriti popular iaitu Pekin Ibrahim, Fattah Amin dan Tomok.

Pekin berkata, program ini merupakan tugasan sesi terakhir projek pembangunan masyarakat dalam jurusan berkenaan.

Pekin (dari kiri) bersama Dr Ahmad Hisham, Ahmad Ridhwan dan Azurawaty yang terlibat dalam projek KTM Komuter Basking Aid On Train.

"Orang kenali saya sebagai pelakon tetapi kali ini mendengar saya menyanyi pula. Ia akan dijalankan secara santai dan menghiburkan.

"Saya akan menyanyi dan bermain alat muzik bersama beberapa selebriti lain. Kami akan menyanyi selama lebih sejam dalam tiga kumpulan.

"Saya harap orang ramai tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu artis-artis kegemaran anda," ujarnya.

Antara selebriti lain yang terlibat adalah seperti Aril Pilus, Zahid Baharudin, Akma Abdullah, Haziq Rosebi, Maulana AF, Ashraf Pretty Ugly dan ramai lagi.
 
Busking Aid On Train yang akan bermula pada jam 10.30 pagi bakal diadakan di stesen komuter Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan dan berakhir di KL Sentral.
Tags / Kata Kunci: Pekin Ibrahim , Fattah Amin , Tomok

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan