Salma Ungguli 'Pentas Epik 3 Juara', Bawa Pulang RM100,000

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 11:40 PM

Salma menerima wang tunai RM100,000 dan juga trofi. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peserta kelahiran Sabah, Salma diumum sebagai 'Juara Antara Juara' menerusi program akhir Pentas Epik 3 Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Ahad.

Salma atau Salmah A. Asis, 26, peserta dari  kategori Balada berjaya menewaskan dua pesaingnya iaitu Kudien dari kategori Rock dan Azizul dari kategori Irama Malaysia sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan juga trofi.

Dalam pertandingan ini, ketiga-tiga peserta perlu membuat persembahan dalam bentuk solo, duet dan bertiga.

Untuk segmen solo, Salma membawa lagu 'I Surrender' nyanyian asal Celine Dion dan memilih Azlan Typewriter untuk segmen duet menerusi lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' dan 'Hukum Karma'.

Kudien pula membawa lagu 'Sambutlah Kasih' nyanyian asal kumpulan Love Hunters untuk persembahan solo dan lagu 'Beribu Sesalan' untuk kategori duet bersama Jaclyn Victor.

Manakala Azizul membawa lagu 'Berdendang Dalam Tangisan'  untuk persembahan solo nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan memilih Misha Omar untuk segmen duet menerusi lagu, 'Cinta Mencintai Kita'.

Ajai komposer yang mewakili kategori Balada dan Salma bersama replika hadiah yang dimenangi. Foto Ihsan TV3
Selain itu, ketiga-tiga peserta perlu bersaing secara trio menerusi tiga buah lagu iaitu 'Sekadar Di Pinggiran', 'Mimpi Laila' dan 'Lagu Untukmu' yang disampaikan secara medley.

Pentas Epik 3 Juara dibuka dengan persembahan pembukaan oleh Datuk Rossa menerusi lagu 'Jangan Hilangkan Dia' dan 'Pudar'.

Selain Rossa, Noraniza Idris dan Tyka turut menyerikan pentas menerusi lagu 'Wangikanlah Hatimu' manakala Datuk Awie terus menghangatkan pentas persembahan dengan lagu 'Peronda Jaket Biru'.

Rossa, Awie dan Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap mengikut kategori iaitu Balada, Rock dan Irama Malaysia selama 13 minggu bersiaran.

Setiap peserta diwakili seorang komposer bagi setiap kategori iaitu Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hashim (Rock) dan Ajai (Balada).

Pada minggu lalu Salma, Kudien dan Azizul dipilih sebagai pemenang mengikut kategori yang diwakili yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga peserta ini perlu berentap untuk menyandang gelaran juara keseluruhan menerusi Pentas Epik 3 Juara yang menawarkan wang tunai RM100,000.

Program 3 Juara merupakan sebuah program realiti musim pertama terbitan TV3 yang mempertaruhkan tiga kategori muzik.

Rancangan ini diperkenalkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Salma merupakan isteri kepada bekas peserta Akademi Fantasia (AF9) iaitu Azri Abdullah yang juga bekas juara Mentor musim kelima.
Tags / Kata Kunci: Salma , 3 Juara

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan