Nora Danish Tiada Niat Serius Menyanyi

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 5:30 AM

Nora Danish nyanyi sekadar suka-suka. Foto Instagram NORA DANISH

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak berhasrat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjaya selepas muncul lagu pertama bersama penyanyi rap Waris berjudul Ini Lagi Boom.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36, berkata, dia menerima tawaran untuk terlibat dalam single terbitan KRU Music ini adalah sekadar untuk memeriahkan industri muzik tanah air.

"Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba.

"Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula," ujarnya.

Nora diminta mengulas tentang lagu yang baharu sahaja dilancarkan bersama penyanyi rap Waris.

Waris tulis lagu Ini Lagi Boom.

Lagu Ini Lagi Boom ini dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz manakala liriknya hasil nukilan Waris sendiri bersama Aziquebeats.

"Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim berkata lagu merupakan idea segar yang bertujuan menggalakan perkembangan industri hiburan tanah air.

"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.

"Ini biasa dilakukan di negara- negara luar dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan," katanya.

Ini Lagi Boom
boleh didengari menerusi platform streaming seperti You Tube, Spotify dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes dan juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Tags / Kata Kunci: Nora Danish , Ini Lagi Boom

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan