Berat Badan Wan Sharmila Susut Selepas Kematian Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 6:00 AM

Wan Sharmila akui masih bersedih.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Wan Sharmila mengakui dia hilang selera makan sejak kehilangan ibunya Raidah Abd. Aziz yang meninggal dunia pada 5 Julai 2015 sehingga memyebabkan berat badannya susut.

Wan Sharmila atau nama sebenranya, Wan Sharmila Wan Mohamed, 36, berkata, walaupun lebih setahun berlalu, namun jiwanya masih berasa kosong kerana sering teringatkan arwah ibunya.

"Berat badan saya susut daripada 46 kilogram menjadi 42 kilogram. Biarpun jumlah itu tidak terlalu banyak tapi setakat ini tiada peningkatan berat badan.

"Sejak ibu saya meninggal saya kurang selera makan dan bersedih terutama bila teringatkan arwah. Dahulu jika saya rasa ingin makan sesuatu pasti arwah akan masakan," ujarnya kepada mStar Online.

Wan Sharmila antara pelakon Tujuh Hari Mencintaiku.

Tambahnya, perkara tersebut juga membuatkan doktor yang sering merawatnya turut berasa bimbang.

"Doktor yang sering merawat saya juga ada menegur dan meminta saya beritahu kenapa saya jadi terlalu kurus begini. Dia bimbang perkara itu akan menjejaskan kesihatan saya.

"Namun, dia juga faham saya sedang berhadapan dengan kesedihan. Orang nampak saya ceria tetapi hati saya masih lagi bersedih," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang teman hidup, wanita yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mengakui mempunyai keinginan untuk membina keluarga sekali lagi.

Keluarganya juga turut meminta dia mencari seorang lelaki yang sesuai untuk menjadi teman hidup.

"Selepas arwah ibu meninggal, adik-beradik juga bimbang saya tiada tempat mengadu, mereka minta cari penganti agar boleh menjaga saya.

"Saya sentiasa buka pintu hati menerima kehadiran lelaki tapi setakat ini belum lagi ada yang sudi," ujarnya.

Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Tags / Kata Kunci: Wan Sharmila

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan