Pekin Mahu Kahwin Senyap-Senyap, Tidak Jemput Rakan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 6:30 AM

Pekin tidak berhasrat untuk menghebahkan berita perkahwinannya jika sudah sampai jodoh. Foto SADIQ SANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Pekin Ibrahim tidak berhasrat untuk menghebahkan dan berkongsi berita mengenai perkahwinannya kepada umum.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 36, berkata, ia merupakan perkara yang terlalu peribadi buat dirinya.

"Insya-Allah memang ada niat (kahwin) tapi saya belum tahu lagi bila ia akan tercapai. Buat masa ini saya masih berkawan dengan wanita itu dan beberapa wanita lain juga.

Pekin (dari kiri) bersama Dr Ahmad Hisham, Ahmad Ridhwan dan Azurawaty yang terlibat dalam projek KTM Komuter Basking Aid On Train.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin secara senyap-senyap dan tidak jemput orang termasuk rakan-rakan kerana saya rasa tidak perlu pun umum mengetahui tentang peribadi saya," ujarnya kepada mStar Online.

Pekin ditanya tentang perkembangan percintaannya dengan seorang model antarabangsa yang menetap di London.

Pelakon Volkswagen Kuning ini ditemui pada majlis KTM Komuter Basking Aid On Train di KL Sentral, di sini, Khamis.

Pekin Ibrahim.

Tambahnya, hubungan tersebut masih lagi terjalin biarpun berhadapan dengan masalah jarak jauh.

"Saya seorang yang tidak suka terlalu berkongsi tentang peribadi kepada orang termasuklah rakan-rakan. Saya memang tidak mahu majlis besar-besar dan bersanding di depan orang ramai," ujarnya.

Sementara itu, program KTM Basking Aid On Train yang bakal berlangsung pada 21 Januari ini bermula pukul 10 pagi.

Acara tersebut akan berlangsung di tiga stesen bermula di KL Sentral, Sungai Buloh dan Bandar Tasik Selatan.

Seramai 14 artis termasuk Fattah Amin dan Tomok bakal menghiburkan penumpang selama lebih sejam dalam tren sehingga di stesen berkenaan.

Program tersebut juga merupakan projek  selebriti yang menyambung pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuklah Tomok sendiri.

Selain Pekin, antara yang hadir dalam sidang media program berkenaan ialah Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin, Ketua Komunikasi Korporat KTM Komuter, Ahmad Ridhwan Mohamed Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Time Reveal (M) Sdn Bhd, Azurawaty Amar.

Tags / Kata Kunci: Pekin Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan