Shah Iskandar Terpaksa Tolak Lepak Kedai Kopi

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 6:10 AM

Shah Iskandar melalui fasa baharu selepas berkahwin pada tahun lalu. Foto M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Shah Iskandar terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial termasuklah melepak bersama rakan-rakan di kedai kopi selepas melalui fasa baharu dalam kehidupannya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 35, berkata, sejak berumahtangga masanya banyak ditumpukan kepada keluarga sehingga tiada masa untuk memikirkan aktiviti sosial berbanding ketika waktu bujangnya dahulu.

"Senang kata saya sekarang seorang yang mengutamakan keluarga sehinggakan pada satu ketika saya terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial waima melepak bersama rakan-rakan di kedai kopi atau ke gim.

Shah Iskandar dan Azar Azmi akan bergandingan dalam drama 'Syurga Tak Sempurna' untuk siaran Hypp TV bermula 16 Januari ini.

"Hero pelapis kini semakin ramai di mana saya harus akui sesetengah daripada mereka juga berlumba-lumba ke gim untuk mendapatkan bentuk badan menarik dalam usaha menjaga keterampilan diri sekali gus memberi peluang untuk mereka menerima watak yang lebih besar.

"Itu pilihan masing-masing tetapi untuk diri sendiri, saya lebih selesa begini kerana paling penting saya perlu menjaga kualiti lakonan dan hubungan baik bersama orang-orang sekeliling, itu sering saya praktikkan untuk terus bertahan," katanya kepada mStar Online.

Shah ditemui pada sidang media memperkenalkan drama Syurgaku Tak Sempurna bertempat di Zawara Cafe, Wangsa Melawati, di sini, pada Rabu.

Drama 30 episod ini akan disiarkan pada 16 Januari depan menerusi saluran Hypp Sensasi (HyppTV saluran 116) setiap hari Isnin dan Selasa bermula pukul 9 malam.

Shah Iskandar kini bahagia bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor.

Selain Shah Iskandar, turut menjayakan drama arahan Michael Ang ini ialah Raja Ilya, Uqasha Senrose, Didie Alias, Mustapha Kamal, Azar Azmi dan Aedy Ashraff.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor, 31, pada  16 Januari 2016.

Dalam pada itu katanya lagi, pada usia sekarang, dia harus menerima hakikat kebanyakan watak yang diterimanya lebih kepada lelaki dewasa dan matang.

"Sekarang ni untuk memegang watak lelaki 'jambu', budak kolej atau seumpamanya jangan mimpilah sebaliknya saya mula diberi watak lelaki berkeluarga dan ‘bertitle’ duda.

"Saya tidak kisah dan harus akui mulai selesa dengan watak-watak sebegitu selari dengan status saya dan usia kematangan saya di dalam industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata pelakon Surah Buat Maisara ini lagi, dia tidak pernah meletakkan diri untuk memilih produksi tertentu sebagai platform untuk dirinya berkarya.

"Saya tak nak dilihat terikat pada satu-satu produksi sehingga dilabel sebagai kroni, anak emas atau yang seumpamanya kerana saya ada pendirian dan cara tersendiri untuk mengatur perjalanan kerjaya seni saya.

"Ini kerana sifat saya sendiri suka mencuba sesuatu yang baru dan mengambil setiap daripada pengalaman bekerja dalam usaha membaiki kelemahan diri yang ada," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Shah Iskandar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan