"Saya Juga Ada Sifat Manja" - Syamsul Yusof

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 2:49 PM

Pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata pada April depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Syamsul Yusof mengakui  dia melalui dunia tersendiri apabila bersama isterinya Puteri Sarah Liyana.

Syamsul, 33, berkata, sebagai manusia biasa dia juga mempunyai sifat manja dan ingin berkasih sayang dengan insan yang bergelar isteri.

"Mungkin orang tengok saya garang tapi bila bersama isteri, saya ada dunia saya tersendiri yang orang lain tidak tahu.

"Cuma kadang-kadang manja dan mengada-ngada saya terkeluar di laman sosial. Yelah tak kan kita nak serius sepanjang masa," ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul kini bercuti bersama keluarganya.

Syamsul ditanya mengenai sikap romantiknya bersama isteri yang sering dipaparkan dalam Instagram sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pengarah filem Munafik ini memberitahu kemesraan dia dan isterinya adalah perkara peribadi yang tidak perlu diceritakan kepada umum.

Sementara itu, Syamsul yang kini menunggu kelahiran cahaya mata pertama pada April depan memberitahu tidak mahu terlalu berasa teruja.

Katanya, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

"Saya tidak mahu terlalu teruja kerana ada juga dikalangan selebriti kita sendiri yang kehilangan bayi dalam kandungan pada usia yang sudah hampir bersalin.

"Saya serahkan kepada Allah, namun saya tidak nafikan harapan itu semakin besar mengikut kandungan tersebut," ujarnya yang kini bercuti di London bersama isteri dan ahli keluarga. 

Syamsul enggan terlau teruja sambut kelahiran bayi.

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata dia mempunyai beberapa perancangan tentang filem terbaharu dan kerjaya nyanyiannya.

"Saya ada perancangan untuk sebuah projek filem yang berbeza daripada sebelum ini, manakala ada beberapa filem yang saya akan minta Syafiq untuk mengarahnya.

"Selain itu, saya juga memandang serius terhadap kerjaya nyanyian dan merancang untuk mengeluarkan single sendiri," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Syamsul Yusof

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan