Lisa Surihani Lebih Tenang Lalui Kehamilan Kedua

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 6:10 AM

Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim bakal menimang cahaya mata kedua pada April depan. Foto Ihsan Instagram @iamlisasurihani

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Yusry Abdul Halim memberitahu isterinya aktres Lisa Surihani, 31, lebih tenang melalui pengalaman mengandung anak keduanya yang kini sudah pun memasuki bulan keenam.

Yusry, 44, berkata, pengalaman kehamilan pertama sebelum ini banyak membantu isterinya untuk lebih bertenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin.

"Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah.

"Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata kedua pada April depan.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu mereka sudah pun mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

"Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yusry memberitahu dia akan menjalinkan kerjasama dengan pengarah Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen bagi menghasilkan teknik pengimejan berkomputer (CGI) filem Badang.

"Selain Badang saya kini sedang sibuk menyiapkan filem animasi terbaharu KRU Studios berjudul Willy.

"Kami kini ingin memberi lebih fokus kepada filem animasi memandangkan ia lebih mudah untuk menarik pengedar daripada luar negara," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Yusry Abdul Halim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan