Kudien, Salma & Azizul Mara Ke 'Pentas Epik 3 Juara' Minggu Depan

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:59 AM

Dari kiri; Kudien, Salma dan Azizul dengan hadiah kemenangan masing-masing. FOTO: RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga peserta dari setiap kategori iaitu Kudien (Rock), Azizul (Irama Malaysia) dan Salma (Balada) telah diumumkan sebagai Juara program realiti 3 Juara musim pertama sekali gus membolehkan mereka bertanding di Pentas Epik 3 Juara dalam usaha memilih seorang juara keseluruhan pada 15 Januari hadapan.

Program terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam ini melayakkan pemenang bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Bagi kategori rock, Kudien membawa lagu I Dont Want To Miss A Thing (Aerosmith) dan untuk segment battle bersama Eva Maria membawa lagu Gemuruh (Wings) Rock You Like a Hurricane (Scorpions).

Manakala untuk kategori balada Salma membawa lagu Hanyalah Satu (Nora) manakala untuk segment battle bersama Hady membawa lagu Dirgahayu (Faizal Tahir & Datuk Siti Nurhaliza) dan Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded).

Bagi kategori Irama Malaysia pula, Azizul membawa lagu Aduh Saliha (Mawi) dan bettle bersama Nura menerusi lagu Tak Seindah Wajah.
(S.M Salim) dan Jelmakanlah Ayumu (Datuk Siti Nurhaliza).

Setiap kategori diwakili seorang produser ternama tanah air iaitu Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hashim (Rock) dan Ajai (Balada) dalam usaha membimbing peserta.

Pemenang bersama sifu masing-masing.
Manakala Naib Juara bagi setiap kategori pula iaitu Eva Marina (rock), Hady (balada) dan Nura (Irama Malaysia) masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

Dalam program yang dihoskan oleh Ammar, Issey dan Mira Filzah ini, kesemua peserta perlu mempersembahkan sebuah lagu secara solo dan sebuah persembahan battle.

Setiap peserta diadili tiga juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock) dan Datuk Rossa (Balada).

Lebih menarik pada malam tersebut, pentas turut diserikan dengan persembahan Ramli Sarip dengan dua buah lagu medley iaitu Batu Keliru dan Teratai manakala Ajai menerusi lagu Eksperimen Cinta.

Program 3 Juara merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia.

Rancangan ini diperkenalkan bertujuan mencungkil pelapis bagi kategori-kategori yang dipertandingkan ke tahap yang lebih tinggi.
Tags / Kata Kunci: 3 Juara

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan