Episod Khas Nona Sempena Tahun Baharu Cina

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 6:30 PM

Antara mereka yang terlibat dalam Nona edisi khas Tahun Baharu Cina.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program berbentuk majalah bagi kaum wanita iaitu  Nona akan meraikan memori indah bersama penonton setianya menerusi episod khas Tahun Baharu Cina (CNY).

Penerbit Eksekutif Nona, Siti Hatija Yusof berkata, intipati segmen itu merangkumi soal isu semasa, kemanusiaan, kecantikan, inspirasi dan aktiviti wanita di seluruh negara dalam usaha mengekalkan sokongan penonton kepada program yang sudah berusia 31 tahun itu.

"Antara selebriti popular yang akan dipaparkan dalam NONA CNY ialah David Teo bersama isteri, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Atikah Suhaimi, Putera Amaris, Calvin Thoo dan Amir Kadir.

"Paparan khas itu turut menampilkan bagaimana atlit penerjun negara, Cheong Jun Hoong membeli-belah bagi menyambut CNY, Dr. Soo Wincci menyambut CNY secara sihat, fesyen CNY oleh pereka fesyen terkenal dan ramai lagi,” katanya kepada mStar Online.

Rakaman Nona bagi edisi itu juga dimeriahkan dengan pertunjukan tarian singa, persembahan Er Hu, makan harmoni melalui konsep Yee Sang selain ucapan daripada artis-artis, penerbit dan ahli-ahli korporat.

Nona CNY akan bersiaran pada 29 Januari depan, pukul 2 petang di TV3.

Ia akan dihoskan oleh Juara Nona Manis 2015, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad.

Dalam pada itu, Siti Hatija berkata, Nona 2017 akan terus memaparkan segmen-segmen menarik seperti Cerita Kita, Gym To Gym, Resepi Menambat Hati Suami, Inilah Kisahku, Wanita atau Keluarga Inspirasi, Fesyen Nona, Nak Cantik @ Nak Sihat?, Ijab & Kabul serta Diari Nona.

Tags / Kata Kunci: Nona , TV3

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan