Alif Satar Bimbang Kesihatan Merosot

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 5:30 AM

Alif harap kesihatannya kembali pulih.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon utama Dia Semanis Honey Muzikal, Alif Satar mengakui bimbang dengan keadaan kesihatannya yang terjejas akibat demam ketika pementasan teater tersebut berbaki tujuh hari.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 27,berkata, perkara tersebut disebabkan latihan teater berkenaan yang dilakukan sejak tiga minggu lalu.

"Latihan selama tiga minggu tanpa henti membuatkan kasihatan saya juga terjejas, sejak malam pertama saya sudah mula demam yang teruk.

"Sudah tentu rasa risau kerana pementasan masih panjang dan saya harap ia tidak menjejaskan suara saya," ujarnya kepada mStar Online.

Alif Satar dan Siti Nordiana teraju Dia Semanis Honey Muzikal.

Alif ditemui selepas persembahan malam kedua teater Dia Semanis Honey Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya, malam Rabu lalu.

Teater arahan Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sejak Selasa lalu hingga 12 Januari depan.

Tambah Alif, buat masa ini dia perlu menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

"Saya perlu mengambil banyak vitamin C dan elakkan makanan berminyak. Apa yang saya harap dapat kembali pulih dan memberikan aksi terbaik," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persembahannya yang baik di pentas biarpun menghadapi masalah kesihatan, Alif berkata, dia mendapat semangat daripada penonton.

Katanya, dia seronok dengan reaksi penonton yang positif yang mana sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya.

Alif dan Siti Nordiana memberikan persembahan bertenaga.

"Saya seronok tengok orang datang dan beri reaksi positif bila saya berada di atas pentas, itu membuatkan saya bersemangat dan kuat.

"Bila muzik berbunyi saya terus terlupa tentang kesakitan," ujarnya.

Dalam pada itu, keserasian dengan penyanyi Siti Nordiana, kata penyanyi lagu Akhiri Penantianku ini hubungan persahabatan mereka diteruskan biarpun selepas drama Dia Semanis Honey itu berakhir Mei lalu.

"Tidak susah untuk mendapatkan keserasian dengan Siti Nordiana kerana kami masih lagi berhubung walaupun sudah habis drama itu. Bukan dia sahaja malah pelakon-pelakon lain pun masih rapat lagi," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan