Tiket Habis, Pementasan 'Dia Semanis Honey Muzikal' Ditambah

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 12:59 PM

Dia Semanis Honey Muzikal diterajui Alif Satar dan Siti Nordiana. Foto THE STAR/LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal yang sepatutunya berakhir pada 9 Januari ini ditambah tiga hari lagi selepas mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Penerbitnya, Michael Ang berkata, keputusan itu dibuat berikutan tiket-tiket untuk persembahan pada hujung minggu sudah habis dijual.

"Kita mengambil keputusan ini selepas selesai persembahan pertama pada Selasa lalu dan melihat reaksi serta maklum balas penonton yang sangat memberangsangkan.

"Selain itu, tiket-tiket pada tiga malam hujung minggu sudah habis dijual dan permintaan yang tinggi membuatkan kami memberi peluang menyambung pementasan ini selama tiga malam lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Pementasan teater muzikal Dia Semanis Honey mendapat sambutan luar biasa penonton.

Dia ditemui pada sidang media selepas persembahan hari kedua teaterDia Semanis Honey Muzikal yang diadakan di Panggung Sari Istana Budaya, malam Rabu.

Teater tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Siti Nordiana, Alif Satar, Marsha Milan, Nadya Syahera, Datin Nina Juren Ahmad Fauzi, Aleeza Shahdan dan Dafi.

Pementasan ini adalah adaptasi dari drama berkenan yang di siarkan di Astro Ria pada Mei 2016.

Teater muzikal ini diarahkan oleh Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee.

Micheal menambah, penambahan tiga hari itu tidak menjejaskan sebarang kos persembahan berkenaan.

"Kami sudah lock pelakon dan lokasi ini selama 10 hari, jadi tiada sebarang kos keluar pun jika tambah lagi tiga hari itu," ujarnya.

Bagaimanapun, dia hanya bimbang tentang keadaan pelakon-pelakon yang terjejas akibat keletihan dan masalah kesihatan lain.

"Saya akui ramai yang mengalami sakit, Alif dan Marsha pada hari pertama sudah demam dan Nina Juren tiba-tiba hilang suara kerana cuaca sekarang tidak begitu baik.

Antara babak menarik yang dilakonkan oleh Alif Satar.

"Saya harap mereka cepat sembuh dan boleh beraksi dengan baik untuk malam-malam berikutnya nanti," ujarnya.

Pementasan Dia Semanis Honey Muzikal bermula kira-kira pukul 8.40 malam itu  dibuka dengan kemunculan bintang utamanya Alif Satar dan Siti Nordiana.

Lakonan Alif seharusnya dipuji kerana berjaya membawakan watak Anaf Wafi dengan baik biarpun berhadapan dengan masalah kesihatan.

Dafi turut berlakon dalam teater berkenaan.

Pada watak itu, Alif berjaya memberi ekspresi lelaki ego dengan menyelitkan unsur humor yang tidak membosankan penonton sepanjang kira-kira tiga jam persembahan.

Selain itu, percubaan Siti Nordiana di pentas teater juga tidak mengecewakan terutama apabila berjaya mewujudkan suasana sedih pada babak ditinggalkan pada majlis perkahwinannya.

Teater arahan Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sejak Selasa lalu. 

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan