Mira Filzah Kesal Terpaksa Tarik Diri Dalam 'Cik Serba Tahu'

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 12:30 PM

Watak Mira Filzah digantikan dengan Sari Yanti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah memberitahu dia berasa terkilan apabila terpaksa menarik diri dalam drama adaptasi novel Cik Serba Tahu yang baharu sahaja menjalani penggambarannya.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata, dia terpaksa melepaskan wataknya dalam drama berkenaan berikutan jadual penggambaran yang bertindan dengan beberapa program lain.

"Saya sedih juga terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila pihak produksi mahu melakukan penggambaran drama berkenaan pada Januari dan Februari.

Mira Filzah.
"Pada tarikh tersebut pula bertindan dengan beberapa program yang saya dah lock  sepanjang tarikh itu," ujarnya.

Mira ditanya tentang perkembangan kerjaya lakonannya yang sebelum ini dikhabarkan bakal bergandingan dengan Remy Ishak menerusi drama adaptasi berkenaan.

Tambah Mira dia turut rasa bersalah terhadap peminat-peminatnya yang sudah membeli novel adaptasi tersebut.

Jelasnya, ramai peminatnya yang membeli novel berkenaan semata-mata untuk memberi sokongan terhadapnya selepas dia menguar-uarkan bakal keluar dengan drama tersebut.

"Saya rasa bersalah dan kasihan dengan peminat yang sudah membeli novel dan banyak yang sudah saya tandatangan pada novel tersebut.

"Saya harap mereka faham yang saya tiada rezeki untuk berlakon dalam drama berkenaan," ujarnya.

Tambah Mira, watak Aerna yang sepatutnya dilakonkan itu bakal digantikan dengan pelakon Sari Yanti.

Drama 16 episod terbitan Orange Tree itu bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Mira Filzah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan