Aizat Pindah Rumah Ingin Hidup Berdikari

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 1:23 PM

Aizat mengambil keputusan untuk berpindah daripada rumah ibu bapanya dan tinggal sendiri. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat Amdan memberitahu dia sudah berpindah dari rumah ibu-bapanya di Ampang dekat sini sejak Ogos tahun lalu kerana ingin hidup berdikari.

Aizat berkata, selain belajar hidup sendiri, keputusannya itu juga kerana ingin bertukar angin dan memilih Damansara Perdana di sini sebagai tempat tinggal baharunya.

"Saya berpindah bukan sahaja ingin belajar hidup sendiri tetapi mencari angin baru terutamanya dalam berkarya.

"Saya pilih Damansara Perdana kerana di situ merupakan kawasan di mana ramai penggiat seni berhimpun yang dapat memberi saya inspirasi kepada karier saya.

"Alhamdulillah sejak berpindah pada Ogos lalu saya semakin selesa di tempat baru dan tetap pulang ke rumah ibu-bapa apabila mempunyai kelapangan," katanya kepada mStar Online.

Aizat bakal tampil dengan single terbaharu ciptaan Faizal Tahir.
Aizat ditemui pada program Doa Untukmu Rohingya yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang di Laman Santai, Istana Budaya dekat sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Aizat mengakui pada awalnya dia sukar menyesuaikan diri apabila tinggal bersendirian sehinggakan keluarga terutama ibunya menaruh rasa bimbang.

Bagaimanapun kata penyanyi lagu Pergi ini, dia semakin selesa dan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupannya tanpa bantuan orang lain.

"Sebelum berpindah saya sudah minta kebenaran dan restu daripada keluarga walaupun mereka pada awalnya agak bimbang kerana saya tidak pernah tinggal seorang diri.

"Agak kekok pada awalnya tetapi Alhamdulillah saya banyak belajar dan pengalaman tinggal seorang diri banyak mengajar saya untuk jadi lebih bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Aizat berkata, tahun ini bakal memperlihatkan dia banyak mencipta lagu untuk penyanyi lain dan terbaharu dia akan bekerjasama dengan pelakon Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir.

Kata Aizat dia juga akan mencipta sebuah lagu untuk pelakon Indonesia iaitu Randy Pangalila berjudul Bekas Kekasih.

"Tahun ini selain menumpukan kepada rakaman album sendiri saya juga akan lebih bergiat aktif mencipta lagu untuk penyanyi lain dan Alhamdulillah setakat ini sudah ada dua projek bersama Fattah dan Randy.

"Saya juga akan merakamkan single terbaharu ciptaan Faizal Tahir berjudul Jangan Menangis dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Mengulas mengenai program Doa Untukmu Rohingya, Aizat berkata, dia berasa bertuah kerana dapat sama-sama menyertai acara itu dan di harap dapat menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang penindasan yang berlaku terhadap etnik Rohingya.
Tags / Kata Kunci: Aizat Amdan , Doa Untukmu Rohingya , WHAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan