Ayuh! Sokong Artis Di Istana Budaya Ahad Ini Demi Rohingya

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 6:00 AM

Dari kiri; Erra Fazira, Aiman Tino dan Zarul Husin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua hari sahaja lagi menjelang 2017, tahun baru itu akan dibuka dengan program luhan puisi keamanan Doa Untukmu Rohingya yang bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 karyawan seni dan budayawan.

Acara yang akan diadakan di Laman Santai, Istana Budaya pada Ahad itu bakal mencipta sejarah apabila kira-kira 100 artis mengambil bahagian untuk membuat persembahan dan juga membacakan puisi.

Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, acara itu lebih bermakna dengan penglibatan nama-nama besar dalam dunia seni termasuklah gabungan generasi baharu dan lama.

"Kami berasa bangga kerana karyawan seni pelbagai peringkat usia dan latar belakang sudah mengesahkan untuk terlibat dalam usaha membangkitkan semangat bagi menentang penindasan dan kekejaman yang berlaku ke atas eknik Rohingya di Myanmar," katanya kepada mStar Online.

Dari kiri; Amy (Search), Mia Ahmad, Rozita Che Wan dan Johan As'ari yang akan menyertai Doa Untukmu Rohingya.

Acara kesenian dan bacaan puisi ini akan diadakan pada dua sesi iaitu sebelah petang yang akan bermula pukul 2 sementara pada malamnya pula akan diadakan pada pukul 8.

Orang ramai tanpa mengira bangsa dijemput untuk menyaksikan ketokohan artis membacakan puisi keamanan yang jarang-jarang dilakukan mereka.

Puisi-puisi berkenaan ialah karya orang ramai yang dihantar menerusi Facebook rasmi WHAM iaitu wartawanhiburanfanpage.

Antara artis yang akan mengambil bahagian pada sesi petang ialah Encik Mimpi, Raja Azmi, Jaslin Puasa, Nadia Mustafar, Azrel Ismail, Ani Mayuni, Erra Fazira, Nubhan, Azza (Elite) dan Najwa Latiff.

Turut terlibat ialah Fimie Don, Sofi Jikan, Yus Zainal, Daqmie, Syed Amran, Haziq (Hot FM), Deejay Lin, Abby Fana dan Nazirul Mubin.

Dari kiri; Azrel Ismail, Zain Saidin, Diana Danielle dan Nora Danish.

Selain itu Baggio Damasutra, Syafeek Ikhwan, Mark Adam, Azmir Arif, Ayai Ilusi dan Dina Nazir.

Acara sebelah malam pula akan membabitkan penyertaan artis antaranya Raihan, Rabbani, Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Azharina Azhar, Rozita Che Wan, Nora Danish, Asfan, To’ki, Uqasha Senrose dan Tasha Shilla.

Turut mengambil bahagian ialah Johan As’ari, Syamel, Anis Al-Idrus, Zain Saidin, Syed Shamim, Mia Ahmad, Aiman Tino, Zaiton Sameon, Izreen Azminda, Janna Nick, Izzue Islam dan Datuk Seri Shah Rezza.

Acara yang diadakan cecara percuma itu bertujuan membangkitkan perasaan kasih sesama manusia selain memberi isyarat kepada dunia bahawa karyawan seni di negara ini turut menentang sebarang pembunuhan kejam dan penindasan.

Ia disokong oleh Istana Budaya dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai penaja dan rakan strategik.

Tags / Kata Kunci: Rohingya

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan