Tipu Anjur Konsert, Estranged Bakal Saman Seorang Wanita

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 12:17 PM

Kumpulan mendakwa ditipu oleh seorang wanita yang kononnya menawarkan mereka untuk mengadakan persembahan di sebuah festival di London.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Estranged bakal mengambil tindakan undang-undang selepas diperdayakan oleh seorang wanita kononnya mereka dijemput mengadakan persembahan sempena Festival Apple Music di London.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada Khamis memaklumkan, festival berkenaan bagaimanapun tidak pernah wujud seperti didakwa selepas pihaknya membuat semakan dengan pihak Apple di United Kingdom.

"Wanita berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc London dan turut menyerahkan surat kononnya daripada seorang pengarah Apple Music untuk membuktikan dia tidak menipu.

"Bagaimanapun selepas pihak Estranged menghubungi Apple di United Kingdom pihak mereka mengesahkan bahawa wanita berkenaan adalah seorang penipu dan festival berkenaan langsung tidak wujud," kata kumpulan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam mereka, Tetuan Thomas Philips.

Estranged dianggotai oleh Solihuddin Hormat (Din), Richael Lawrence Gimbang (Rich) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi).

Dalam pada itu, Estranged memberitahu penipuan yang dilakukan wanita berkenaan telah menimbulkan pelbagai masalah malah mereka hampir-hampir berpecah.

"Kami amat terkesan dengan kejadian ini malah pernah mempertimbangkan untuk berpecah sebagai kumpulan dan membatalkan persembahan jelajah kami yang sepatutnya bermula di Kilang Bateri, Johor Baru.

Estranged tidak mahu ada artis lain ditipu oleh individu berkenaan. 

"Tetapi kami mengambil keputusan untuk terus menguatkan semangat demi peminat dan meneruskan perjalanan karier muzik kami dengan azam yang lebih kuat dengan sebaik mungkin," kata kumpulan itu lagi.

Sementara itu, Estranged memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk mendedahkan tentang perkara itu kerana tidak mahu artis atau pemuzik lain terperdaya dengan individu sama.

Ini kerana, individu berkenaan dikatakan sedang cuba mendekati pemuzik dan artis lain dengan tawaran sama dengan niat untuk memperdayakan mereka.

"Perkara ini amat memalukan untuk kami dedahkan kerana ia mungkin menjejaskan imej kami sebagai artis dan pemuzik.

"Kami tidak boleh berdiam diri dan mengambil keputusan untuk mendedahkan perbuatannya agar tiada artis lain yang terpedaya dengan helah dan penipuan individu itu," kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan sama, Estranged memberitahu pihaknya menerusi peguam mereka telah memfailkan saman terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu.

Menerusi saman berkenaan pihak kumpulan itu menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan bakal ditafsirkan oleh mahkamah.

Satu sidang media bagi menjelaskan mengenai hal berkenaan secara terperinci akan diadakan pada 4 Januari 2017.
Tags / Kata Kunci: Estranged

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan