SM Salim Dalam Keadaan Nazak Akibat Sakit Tua

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 6:10 PM

SM Salim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biduan negara, Tan Sri SM Salim, 88, kini berada dalam keadaan nazak akibat sakit tua.

Anaknya, Shamsul Salim, 51, berkata, ayahnya menunjukkan kesukaran bernafas kira-kira pukul 10 malam Selasa dan diberi alat bantuan pernafasan sehingga pukul 4 petang Rabu.

“Alat bantuan pernafasan sudah dibuka pada pukul 4 petang tadi (Rabu) dan ayah boleh bernafas macam biasa namun dia tidak sedar diri dan dalam keadaan tenat.

"Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat petang Rabu.

Tambah Shamsul, doktor yang dipanggil ke rumah untuk merawat ayahnya juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana keadaan penyanyi itu yang terlalu uzur selain usianya sudah lanjut.

Penyanyi itu kini ditempatkan di rumah salah seorang anaknya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Beliau penah bertugas sebagai juruhebah Radio Malaya (kini RTM) pada tahun 1957.

Beliau popular dengan lagu-lagu klasik selain turut diberi peluang bergandingan dengan penyanyi generasi baru.

Antara lagu duetnya yang popuar ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Lagu Apa Dah Jadi juga turut menaikkan nama beliau kerana karya itu seolah-olah mengusik mereka yang belum berumah tangga.

Tags / Kata Kunci: SM Salim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan