Tasha Mansahar Elak Papar Wajah Penuh Di Instagram

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 1:05 PM

Tasha belum bersedia imej berpurdah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mengelak memuat naik gambar penuh wajahnya di laman sosial bagi memastikan ia tidak disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab.

Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23, berkata, dia mengambil langkah berjaga-jaga daripada sebarang tindakan buruk yang boleh menyunting gambar tersebut sehingga menimbulkan fitnah.

"Saya tidak memuat naik gambar wajah penuh di laman sosial sebagai pendekatan untuk berjaga-jaga kerana saya tidak mahu ada pihak menyunting wajah saya kepada sesuatu yang lain sehingga menimbulkan fitnah.

"Ada foto yang saya tutup muka separuh dan bahagian tepi agar tidak boleh disunting. Saya lihat ramai yang suka-suka menyunting muka kita ke gambar orang lain.

"Jika wanita itu bertudung ia lebih mudah untuk disunting dan dimasukan rambut dan sebagainya," ujar Tasha.

Ada pihak menyangka Tasha sudah mula berpurdah.

Tasha ditemui pada sesi fotografi bersama mStar Online di Menara Star, di sini, baru-baru ini.

Foto-foto penyanyi lagu Oh No ini mula dipersoalkan dan ada berpendapat Tasha sudah mula berpurdah.

Sementara itu, menjawab soalan itu, Tasha berkata, dia belum bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam penampilannya itu.

"Ramai yang bertanya saya sama ada sudah berniqab (menutup wajah hanya menampakkan mata) dan saya juga terima banyak hadiah niqab daripada pengikut Instagram, Alhamdulillah, mungkin saya akan pakai jika saya benar-benar berpurdah suatu hari nanti.

"Tapi buat masa ini saya rasa banyak yang perlu diperbetulkan dan imej itu sangat besar untuk saya bawa. Lagu-lagu yang saya bawa buat masa ini tidak sesuai dengan imej tersebut," ujarnya.

Tasha kini sedang popular dengan lagu Oh No.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia bakal keluar dengan album solo berjudul Bukan Aku yang memuatkan enam buah lagu.

Album tersebut turut memuatkan dua buah lagu balada ciptaannya sendiri.

"Ini album solo pertama saya dan istimewanya ada dua buah lagu ciptaan saya sendiri berjudul Bukan Aku dan Masih Keliru.

"Lagu balada tersebut memberi kelaian kepada saya dan menunjukkan sisi berbeza dan lebih matang," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Tasha Manshahar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan