Hasrat Tajul Ariff Duet Dengan Siti Nordiana Belum Tercapai

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 6:00 AM

Tajul sambung perjuangan Achik Spin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Tajul Ariff tidak berasa terkilan apabila hasrat untuk berduet bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi sebuah lagu baharu tidak kesampaian.

Tajul, 18, yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin berkata, perancangan yang diaturkan oleh syarikat rakamannya FMC Music itu bercanggah dengan jadual kerjaya penyanyi wanita berkenaan.

"Pada mulannya memang syarikat ada perancangan untuk hasilkan single kedua saya lagu duet bersama Siti Nordiana, tapi selepas perbincangan dibuat ia tidak dapat dilakukan buat masa ini.


"Siti Nordiana sudah ada perancangan lain dan ia akan digantikan dengan seorang penyanyi baru Wany Hasrita," ujarnya.

Tajul terharu sokongan peminat.

Tajul ditemui dalam satu sesi fotografi bersama mStar Online di Menara Star baru-baru ini.


Tambahnya, dia tidak berasa terkilan, namun berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan penyanyi wanita suatu hati nanti.

Dalam pada itu, Tajul yang kini semakin dikenali dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu mengakui kehadiranya mengubat kerinduan terhadap peminat Allahyarham Achik.

Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia diminta menyanyikan lagu-lagu popular arwah setiap kali muncul di pentas.

"Lagu-lagu arwah abang sudah jadi seperti satu kewajipan setiap kali saya muncul di pentas. Penonton dan peminat Spin mahu saya menyanyikan lagu popularnya seperti Memori Berkasih dan Mengusung Rindu," ujarnya.

Selain itu, Tajul mengakui terharu dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu pertamanya Sedalam-Dalam Rindu yang kini sudah mencapai sebanyak 7 juta tontonan lirik video di Youtube.

"Saya terkejut juga sambutan baik dan ramai yang suka dengan lagu pertama saya ini. Saya akui ada peminat-peminat arwah Achik juga yang beralih minat dan menyokong saya,"

"Saya berharap sokongan berterusan tersebut dapat membantu saya untuk meneruskan perjuangan dalam industri seni tanah air ini," ujarnya


Tags / Kata Kunci: Tajul Ariff , Siti Nordiana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan