Syed Shamim Risau Hilang Peminat Kerana Album Solo

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 5:30 AM

Syed Shamim kini muncul dengan album 'Melodi'. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Syed Shamim mengakui bimbang akan hilang peminat apabila mengambil keputusan untuk muncul dengan album solo berjudul Melodi tanpa rakan duetnya, Tasha Manshahar.

Pemilik nama sebenar Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 23, ini berkata, kebimbangan itu berlaku kerana sebelum ini mereka berkongsi peminat yang sama dan gusar sekiranya mereka tidak boleh menerima kemunculannya sebagai artis solo.

"Hampir empat tahun mencipta nama dalam industri seni bersama Tasha, perkara ini menimbulkan sedikit kerisauan apabila masing-masing akan muncul dengan album solo.

"Namun Alhamdulillah, sejak album solo tersebut dilancarkan September lalu, peminat memberi sokongan tidak sahaja kepada saya tetapi juga Tasha,” katanya.

Syed Syamim ditemui pada sesi fotografi bersama mStar Online di Menara Star, Damansara, di sini.

Tasha dan Syed Shamim sebelum ini pernah berduet menerusi lagu Selamat Ulang Tahun Cinta, Cuba Teka dan Be Mine.

Syed Shamim memberitahu album Melodi memperlihatkan sisi matangnya.

Sementara itu, Syed Shamim berkata, album yang memuatkan lima buah lagu dan sebuah lagu bonus dalam versi akustik itu menunjukkan sisi matang dirinya sebagai seorang penyanyi.

"Apa yang boleh saya katakan Melodi memperlihatkan sisi matang dan santai saya sebagai penyanyi.

"Saya juga teruja apabila album ini mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal seperti DJ Fuzz, Aiman 2 by 2, Toi (Hyperact) dan Omar K", katanya.

Jelas bakal guru dalam bidang muzik ini lagi, kerjasama di antaranya dengan nama-nama berkenaan dilihat sebagai satu proses pembelajaran dalam melengkapkan profil dan kemahirannya dalam bidang penciptaan lagu pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Syed Shamim berkata, dia belum bersedia untuk mencipta lagu untuk artis lain buat masa sekarang walaupun pernah mendapat tawaran tersebut.

"Ada rakan artis yang minta lagu daripada saya tetapi saya menolak dengan alasan belum bersedia selain merasakan diri masih perlu banyak belajar menjadi seorang komposer yang berkaliber,” katanya.

Pemuda berusia 23 tahun ini bijak menguruskan masa di antara pelajaran dan nyanyian.

Dalam perkembangan lain, Syed Shamim berkata, walaupun dia kini sibuk dengan pengajiannya dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam pembahagian masa di antara pelajaran dan nyanyian.

Jelas penuntut tahun keenam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik (Pengkhususan Vokal), Institut Pendidikan Guru ini lagi, dia bersyukur kerana pihak syarikat rakamannya bijak menguruskan jadual persembahannya agar tidak bertembung dengan kuliah.

"Selalunya syarikat rakaman saya iaitu Fantasia Musik City (FMC) akan menyediakan jadual persembahan pada hari minggu dan kalau pada hari biasa selalunya selepas waktu kuliah.

"Jujurnya semua ini tidak memberi bebanan kepada saya kerana saya lakukan perkara yang saya suka tidak kira belajar mahupun bekerja di mana semuanya berkaitan dengan muzik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syed Shamim

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan