Banyak Undang Fitnah, Hattan Tiada Akaun Media Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 6:56 AM

Hattan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan tidak berminat untuk membuka akaun Facebook atau Instagram kerana merasakan ia penuh dengan perkara negatif berbanding positif.

Hattan atau Mohd Shukri Shahabuddin, 52, berkata, dia juga tidak kisah sekiranya dikatakan tidak mengikut perubahan zaman kerana itu adalah pendiriannya.

"Saya memang tiada Facebook atau Instagram walaupun ramai beranggapan seorang artis perlu ada akaun media sosial.

"Jika ada kata saya kolot dan tidak mengikut perkembangan semasa itu adalah hak mereka kerana keputusan itu adalah pendirian saya," katanya kepada mStar Online.

Menerusi pemerhatiannya, Hattan berkata, media sosial pada hari ini dilihat bukan untuk menyatukan masyarakat secara maya sebaliknya menjadi medan pergaduhan dan tempat menyebarkan fitnah.

"Apa yang saya lihat, media sosial sudah menjadi tempat untuk menyebarkan fitnah sehingga kadang-kala mampu membuat orang panik dan bimbang.

"Lihat sahaja berapa ramai artis yang menjadi viral dan dikatakan sudah meninggal dunia oleh fitnah pihak tidak bertanggungjawab?

"Jika hendak viralkan sesuatu perkara pun biarlah benda yang betul dan mendatangkan manfaat dan bukannya main muat naik status atau kongsi apa yang orang lain tulis," ujarnya.

Dalam pada itu, Hattan turut menasihatkan golongan artis agar tidak terlalu taksub dengan media sosial sehingga memudaratkan diri.

Katanya, golongan artis sepatutnya menjaga nilai eksklusif diri mereka dan menggunakan teknologi dengan bijak.

"Saya kadang-kadang tidak faham, nak pergi ke tandas pun hendak beritahu semua orang dan muat naik gambar.

"Pada saya kuasa media sosial itu memang penting untuk artis tetapi mereka juga perlu menjaga nilai eksklusif diri mereka.

"Saya faham ada ramai di antara mereka yang terikat sebagai duta produk yang memerlukan mereka sentiasa mengemaskini perkembangan tetapi jangan keterlaluan sehingga mampu merosakkan reputasi sendiri," katanya.

Atas dasar itu juga, Hattan berkata, dia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menyebarkan maklumat tentang isu viral dan fitnah di laman sosial.

Kata Hattan, buat permulaan program berkenaan diadakan di Sabah ini menerusi Kembara Bijak Sabah dan ia akan diteruskan ke seluruh negara.

"Kempen ini diadakan bertujuan untuk mendidik pengguna laman sosial agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat agar ia tidak disalah guna.

"Buat permulaan kami mulakan kempen ini di Sabah dan seterusnya ia akan diteruskan ke seluruh Malaysia," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Hattan , Facebook , Instagram

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan