Hafiz Hamidun Tak Mungkin Rakam Album

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 6:20 AM

Hafiz Hamidun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun tidak berminat untuk merakamkan album selepas penjualan albumnya kurang mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini.

Hafiz, 32, berkata, penghasilan album tidak lagi relevan memandangkan landskap industri muzik pada hari ini lebih menjurus kepada penjualan single.

"Sebelum ini hendak menjual 20,000 unit album dalam satu bulan adalah mudah tetapi sekarang sangat susah.

"Perkara ini terjadi kerana corak pembelian pengguna sudah berubah dan sebab itu saya tidak mahu lagi menghasilkan album penuh dan akan memberi tumpuan kepada penghasilan single sahaja," katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, Hafiz pernah menghasilkan tujuh buah album solo iaitu Hafiz Hamidun (2007), Syukran (2009), Zikir Terapi Diri (2011), Sirah Teragung Muhammad SAW (2012), Zikir Terapi Diri 2 (2013), Zikir Terapi Diri 3 (2014) dan I Love Rasulullah (2015).

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia akan melancarkan album terakhirnya pada pertengahan tahun hadapan yang memuatkan sebanyak 14 buah lagu.

Katanya, album yang dihasilkan di Turki itu menelan kos sebanyak AS$50,000 (RM230,000) dan sedang dalam proses adunan terakhir.

"Album berkenaan sebenarnya sudah siap tetapi ia masih dalam proses adunan di Turki dan kosnya agak tinggi selepas mata wang Amerika Syarikat melonjak naik berbanding Ringgit Malaysia.

"Jadi saya biarkan dahulu dan Insya-Allah April tahun depan saya akan lancarkan album terakhir itu," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, keputusannya itu tidak bermakna dia akan meninggalkan bidang nyanyian sebaliknya akan terus aktif seperti biasa.

"Saya tetap akan menyanyi kerana ini adalah jalan dakwah saya dan Insya-Allah saya akan menghasilkan lagu baharu tetapi single sahaja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan