Hazami Risau Cipta Dua Lagu Buat Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 5:30 AM

Hazami

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazami berasa risau untuk mencipta dua buah lagu buat Datuk Siti Nurhaliza sepertimana yang pernah diminta penyanyi tersohor itu sebelum ini.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 41, berkata, biarpun sudah mempunyai beberapa koleksi lagu terbaik namun memikirkan kualiti yang ada pada Siti membuatkan dia bimbang jika karyanya itu belum mencapai piawaian buat penyanyi tersebut.

"Tidak saya nafikan apabila pihak Siti sendiri meluahkan hasrat untuk mendapatkan dua buah lagu ciptaan saya, ia bagai satu mimpi dan peluang yang tidak wajar dilepaskan.

"Ini kerana saya percaya ramai komposer di luar sana masih menunggu saat-saat ini datang kepada mereka kerana ia umpama satu pencapaian dan penghormatan besar.

Siti Nurhaliza meraih lima anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke 22 (AIM22) pada Ahad lalu.

"Sebaliknya bila peluang ini datang kepada saya, perasaan jadi berbelah bahagi kerana saya gusar lagu yang diberi itu masih tidak boleh menepati selera Siti yang diketahui seorang penyanyi hebat dan bercitarasa tinggi," katanya kepada mStar Online.

Tambah pelantun lagu Mungkir Bahagia ini lagi, Siti mula menyuarakan hasrat tersebut sewaktu merakamkan album 'Tahjud Cinta' lagi namun dia masih menangguhkan perkara tersebut atas beberapa sebab.

"Selain faktor kesihatan yang tidak mengizinkan kebelakangan ini, saya tangguhkan untuk memberi karya tersebut kepada Siti kerana ingin mencari material terbaik buat beliau agar lagu tersebut dilihat tidak asing dengan dirinya," katanya.

Pun begitu kata Hazami, pertemuan kali kedua bersama Siti di Istana Negara baru-baru ini membuatkan dia mulai rasa bersalah apabila pihak Siti sekali lagi bertanyakan perkara yang sama.

"Bila Siti masih bertanya bermakna itu perkara serius dan saya cuba untuk memberi lagu tersebut sebelum akhir tahun ini tetapi dengan syarat saya hanya akan beri melodinya sahaja manakala liriknya biar pihak Siti yang buat untuk menampakkan ada unsur kolaborasi di situ," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hazami memberitahu dia kini masih dalam pemantauan pihak hospital berhubung penyakit pendarahan usus yang dialaminya.

"Biarpun semakin stabil, tapi saya harus berjumpa doktor sebulan sekali untuk rawatan susulan kerana pendarahan masih boleh berlaku tanpa dijangka.

"Malah saya juga masih berpantang soal makan di mana saya tidak lagi mengambil makanan bergaram dan bergula selain memastikan waktu tidur saya mencukupi," katanya.

Berkongsi lanjut tentang kerjaya seninya pula, Hazami merancang untuk menerbitkan album terbarunya berjudul 'I Love You' yang memuatkan 9 buah lagu pada Febuari depan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke 42.

"Istimewanya album kali ini, lagu-lagu yang dipilih adalah antara 18 lagu yang pernah saya buang sebelum ini di mana sembilan daripadanya saya gubah semula lirik dan melodinya sehingga dirasakan layak untuk dimuatkan di dalam album," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hazami

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan