Penyanyi Muda Harus Berani Tonjol Diri Peringkat Dunia - Yuna

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 5:30 AM

Yuna anggap 2016 tahun terbaik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna berharap penghargaan kali kedua yang diterimanya menerusi Anugerah Kembara dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) dapat memberi semangat kepada pemuzik lain untuk berkarya di luar negara.

Yuna atau Yunalis Zarai, 30, berkata, dia berharap lebih ramai penyanyi muda memberanikan diri untuk kembara di negara lain dan menonjolkan diri kepada dunia.

"Ini Anugerah Kembara kedua saya terima yang membuatkan saya gembira dan terkejut, namun saya berterima kasih kerana menghargai kerja yang saya lakukan.

"Saya tak nak saya sahaja yang dapat anugerah ini dengan kejayaan ini, harap ia memberi semangat kepada orang lain terutama golongan muda untuk mencuba nasib kembara di negara lain.

"Anda perlu beranikan diri dan jangan takut tentang persepsi negatif orang lain," ujarya.

Yuna terima Anugerah Kembara atas pencapaiannya di Amerika Syarikat.

Yuna ditemui pada sidang media AIM22 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Ahad.

Penyanyi laguCrush itu pernah menerima Anugerah Kembara pada AIM18.

Sementara itu, Yuna turut menganggap sepanjang 2016 merupakan tahun terbaik buat dirinya apabila album Chapters tersenarai 10 album R&B terbaik oleh carta Billboard.

Manakala lagu nyanyiannya, On Ghost Ridge antara 91 lagu yang disenaraikan oleh Academy of Motion Pictures Arts and Sciences yang bakal dipertandingkan di Anugerah Oskar 2017.

"Ini adalah tahun yang orang boleh nampak apa yang saya lakukan selama ini, jika tahun-tahun sebelum ini hanya tentang perancangan saya sahaja.

"Kesabaran saya dalam menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti akhirnya membuahkan hasil dan membuka mata banyak pihak," ujarnya.

Tambah Yuna, lagu On Ghost Right yang menjadi lagu tema untuk filem dokumentari filem 100 Years: One Woman's Fight For Justice merupakan projek yang datang secara tiba-tiba.

Katanya, dia terharu apabila pihak pengarah filem itu berkenan dengan suaranya untuk menyanyikan lagu tema filem kisah benar itu.

"Saya sendiri baru tahu tentang perjuangan masyarakat pribumi di Amerika Syarikat selepas terlibat dengan projek ini.

"Mereka menawarkan saya untuk menyanyi lagu ini kerna pengarah filem itu sukakan suara saya.

"Dia hanya mahu saya sahaja yang menyanyikan lagu itu, ia satu penghargaan buat saya kerana dapat membantu mereka," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yuna

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan