Pelakon Kacukan Punca Hubungan Neelofa & Fattah Amin Retak

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 2:01 PM

Fattah Amin dan Neelofa dikaitkan mempunyai hubungan cinta selepas mereka berlakon dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot. Foto Ihsan Instagram Neelofa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Hubungan pelakon Neelofa dan Fattah Amin akhirnya retak apabila aktor itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain iaitu seorang aktres berdarah campuran.

Neelofa atau Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia sebenarnya kecewa selepas mengetahui berita itu namun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.

"Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

"Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," ujarnya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada sidang media sempena pelantikannya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, Selasa.

Dia menjawab tentang dakwaan wujud orang ketiga yang menyebabkan hubungannya dengan Fattah Amin terputus.

Wanita terbaharu yang dikaitkan dengan Fattah itu dikatakan seorang aktres berdarah campuran.

Tambah Neelofa, dia enggan terlalu memikirkan perkara tersebut yang hanya menganggu fokusnya dalam kerjaya.

Sementara itu, mengulas hubungannya dengan pelakon gandingannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot itu, Neelofa berkata ia agak rumit untuk dijelaskan.

"Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

"Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

"Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated," ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia boleh bersikap profesional andainya mereka digandingkan semula dalam sesebuah drama.

Tags / Kata Kunci: Neelofa , Fattah Amin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan