Tidak Jangka Menang, Faizal Tahir Balik Awal

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 5:00 AM

Faizal Tahir kembali semula ke acara selepas diberitahu memenangi kategori Lagu Terbaik.

(Ubah saiz teks)

KUALA KUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir meminta maaf kerana pulang lebih awal sebelum diumum sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi lagu Sejati di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) malam Ahad  lalu.

Faizal Tahir atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia tidak menjangka memenangi kategori berkenaan kerana melihat saingannya untuk kategori itu juga hebat yang lebih layak menerima anugerah itu.

Trofi kemenangan bagi kategori itu diambil oleh wakil syarikat rakamannya Warner Music.

"Maafkan saya kerana saya betul-betul tidak jangka menang kategori ini, jadi selepas sahaja persembahan, saya minta izin pihak produksi untuk balik kerana ada urusan.

"Tapi dalam perjalanan mereka hubungi minta saya berpatah balik untuk mengambil trofi berkenaan," ujarnya pada sidang media selepas acara yang berlangsung di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Faizal mengucapkan terima kasih dan bersyukur apabila menjadi pilihan juri yang mengiktiraf lagu Sejati sebagai pemenang salah satu kategori utama itu.

Sementara itu, menjelaskan tentang lagu berkenaan, Faizal berkata, ia ditulis berkaitan hubungan dia dan tuhan.

"Ada masa-masa yang kita duduk sendirian dan menulis tentang sesuatu perkara, macam lagu ini liriknya saya interprestasikan tentang diri saya dan tuhan.

"Namun, terpulang kepada sesiapa yang mendengar dan buat interprestasi mereka sendiri," ujarnya.

Faizal turut mengakui pada awalnya dia berasa ragu-ragu dan menganggap lagu tersebut berisiko untuk tidak diterima masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan