Latihan Muay Thai Mungkin Punca Ketumbuhan Tangan Elizabeth Tan

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 12:00 PM

Elizabeth Tan hadir pada malam Anugerah Industri Muzik ke 22 (AIM22) pada Ahad lalu dengan keadaan tangan berbalut. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Elizabeth Tan berkata, ketumbuhan di tangan kirinya sehingga memaksa pembedahan kecil dilakukan mungkin berpunca akibat kecederaan ketika terlibat dalam latihan Muay Thai hujung tahun lalu.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 23, berkata, kecederaan itu memberi kesan pada bahagian dalaman tangannya yang barangkali menjadi punca berlaku ketumbuhan kecil.

"Selama menjalani latihan itu kira-kira dua bulan, ada berlaku kecederaan di tangan saya sehingga memberi kesan dalaman dan berlakunya ketumbuhan sehingga ia terpaksa dibedah,” katanya kepada mStar Online.

Elizabeth menjalani pembedahan kecil membuat ketumbuhan itu di sebuah pusat perubatan pada 13 Disember lalu.

Tangan kiri Elizabeth Tan masih kelihatan lebam dan terpaksa dibalut.

Katanya, ketumbuan itu terpaksa dibuang kerana ia semakin membesar dan bimbang akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

"Saya mula perasan dengan ketumbuhan ini pada awal tahun lalu dan ia dilihat semakin membesar sehingga jelas dilihat ketika di dalam gambar dan video sekiranya terlibat dalam sesi penggambaran.

"Bimbang ia memudaratkan selain membuatkan saya kurang berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai, saya jalani satu pembedahan kecil untuk membuangnya.

"Mujurlah tidak sakit tetapi saya difahamkan ianya akan meninggalkan sedikit kesan parut. Tak apalah… asalkan semuanya selamat," katanya.

Dalam perkembangan seninya pula, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu 'Knock Knock' ini berkata, ketika ini dia hanya memberi fokus untuk persiapan Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) pada 22 Januari depan.

"Saya akan bertanding menerusi lagu 'Setia' bersama Awi Rafael di AJL31 di mana mengikut urutan persembahan, kami mendapat kedudukan keempat daripada 12 buah lagu bertanding,” katanya.

Tambahnya, setiap lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri dan untuk lagu 'Setia', dia akan cuba berikan yang terbaik sekalipun mengakui agak gementar  untuk beraksi di pentas berprestij itu.

Selain itu, dia juga merancang untuk tampil dengan sebuah single terbaru Febuari tahun hadapan namun masih belum mempunyai karya yang sesuai untuk diketengahkan.

Tags / Kata Kunci: Elizabeth Tan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan