Pencapaian Terbaik 20 Tahun Dalam Industri - Siti Nurhaliza - Berita Hiburan | mStar

Pencapaian Terbaik 20 Tahun Dalam Industri - Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 11:04 AM

Siti menang lima anugerah di AIM22.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan lima kemenangan yang diraih di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) sebagai pencapaian terbaiknya sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 37, berkata, kemenangan tersebut lebih bermakna apabila ia menerusi album yang dirakam secara langsung daripada sebuah konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged.

"Ini hadiah paling bermakna sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan, lebih-lebih lagi menerusi album unplugged kerana bagi saya album yang dirakam secara langsung adalah paling mencabar berbanding album rakaman studio.

"Ia adalah rezeki team saya yang bekerja keras dalam waktu yang singkat, disamping memastikan kami mendapat kualiti terbaik untuk album ini, saya beruntung dikelilingi orang-orang profesional," ujarnya pada sidang media selepas AIM22, malam Ahad.

Siti Nurhaliza

Siti turut memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi, Anugerah Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Mikraj Cinta dan Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia pada AIM22 yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, tambah Siti, cabaran utama menghasilkan album unplugged ialah kemampuan vokal tanpa henti selama dua jam sepanjang berlangsungnya konsert itu.

"Album rakaman konsert berbeza kerana kita tidak boleh sunting dan rakam semula, ia benar-benar menguji kemampuan vokal kerana menyanyi tanpa henti selama dua jam.

"Stamina perlu kuat sebab itu setiap kali konsert saya pasti akan buat latihan vokal secukupnya," ujarnya.

Lebih bermakna, apabila album itu juga turut menampilkan komposer Adnan Abu Hassan ketika hayatnya yang mengiringi nyanyian Siti dalam satu segmen khas.

Sementara itu, bercerita tentang lagu Menatap Dalam Mimpi yang memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik, katanya, ia sebuah lagu istimewa.

Kata Siti, lagu tersebut adalah tentang keinginannya bertemu arwah bapanya Tarudin Ismail dalam mimpi bagi melepaskan kerinduan.

"Lagu ini tentang arwah bapa, saya betul-betul teringin untuk jumpa dia biarpun hanya dalam mimpi kerana adik beradik saya semua dapat mimpikan dia sebelum ini.

"Setiap kali saya ingin menyampaikan lagu ini pasti saya akan sebak dan terpaksa fikir perkara lain untuk teruskan nyanyian," ujarnya.

Dalam pada itu, mempertahankan trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu selama 13 tahun, Siti berkata, ia bukan sesuatu yang mudah.

Bagaimanapun, katanya, dia percaya setiap artis mempunyai kelebihan suara tersendiri dan kemenangan tersebut hanya sebagai rezeki buat dirinya.

Saya suka suara penyanyi-penyanyi lain yang tercalon kerana bagi saya suara ini adalah subjektif dan masing-masing ada kelebihan.

"Saya percaya suatu hari pasti akan ada yang menggantikan saya dalam kategori ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , AIM22
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan