Siti Nurhaliza Raih Lima Anugerah Termasuk Album Terbaik AIM22

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 12:14 AM

Datuk Siti Nurhaliza menang besar pada AIM22. Foto: M. Azhar Arif

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) menyaksikan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merangkul lima anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Ahad.

Menerusi album Dato' Siti Nurhaliza Unplugged penyanyi berusia 37 tahun itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi serta Anugerah Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Mikraj Cinta.

Faizal Tahir memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. -M AZHAR ARIF/The Star

Beliau turut memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Faizal Tahir memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati.

Sementara lagu Mata Hati nyanyian Azlan & Type Writer memenangi kategori Lagu Rock Terbaik.

Manakala, Altimet & Takahara Suito menerusi lagu Janji memenangi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.


Yuna menerima Anugerah Kembara AIM22. - Foto BERNAMA

Dalam pada itu, Persembahan Vokal Terbaik  Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Akim Ahmad menerusi lagu Potret.

Menerusi acara itu juga, penyanyi antarabangsa Yuna dipilih sebagai pemilik Anugerah Kembara atas pencapaiannya di Amerika Syarikat.

Manakala, Anugerah Sri Wirama AIM 2016 diberikan kepada Datuk Sheila Majid atas sumbangan beliau dalam industri melebihi 32 tahun.

Senarai penuh pemenang AIM22:

Album Terbaik:
Dato' Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:
Sejati - Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad - Potret

Lagu Pop Terbaik:
Sejati - Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati - Azlan & The Type Writer

Anugerah Kembara:
Yuna

Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi - Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird - Froya

Kulit Album Terbaik:
Bahtera - Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam - #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:
Not For Sale - Stacy

Artis Baru Terbaik:
Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji - Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly - Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta - Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Pop Etnik Terbaik:
Joget Sulam Sakti - Reena Nicky
Tags / Kata Kunci: Anugerah Industri Muzik , AIM , AIM22

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan