Siri Jelajah Anuar Zain Berjaya Tarik Pengunjung Ke Mydin

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 5:00 AM

Anuar bergambar bersama peminat-peminatnya di Mydin Pelangi Indah

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Persembahan Anuar Zain di lokasi terakhir dalam siri jelajah album baharunya di Mydin Pelangi Indah pada Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya.

Penyanyi tersebut menghiburkan peminat-peminat dengan beberapa lagu popular dalam album berkenaan termasuk Andainya Takdir dan Karena Aku Cinta.

Penyanyi berusia 46 tahun itu turut menyampaikan lagu hitnya berjudul Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Anuar sebelum ini melakukan persembahan di beberapa lokasi iaitu di Mydin USJ, Subang Jaya pada 9 Oktober, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang (30 Oktober), Mydin Meru Raya, Ipoh (6 November), Mydin Gong Badak, Terengganu (12 November) dan Mydin Seremban 2 (4 Desember).

Anuar Zain

Mydin sebagai penaja lokasi jelajah promosi album berkenaan menganggap kerjasama tersebut sebagai situasi menang-menang.

Ketua pemasaran jenama dan komunikasi Mydin Mohamed Holdings Bhd, Sabariah Mohd berkata, kerjasama ini turut menarik pengunjung datang ke pasar raya berkenaan.

"Kolaborasi bersama penyanyi bukan hanya membantu dia untuk bertemu peminat-peminatnya tapi juga menarik pelanggan datang ke Mydin.

"Anuar merupakan artis tempatan yang menyasarkan kumpulan peminat tempatan, ia juga bertepatan dengan objektif Mydin yang memberi keutamaan kepada produk tempatan," ujarnya.

Tambahnya, Mydin turut terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis lain pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Mydin bakal menambah cawangan di Citu One Megamall di Kucing, Sarawak pada akhir Februari depan, manakala di Mutiara Rini, Johor Baru pada Jun 2017.
Tags / Kata Kunci: Anuar Zain

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan