'Dendam Banglo Berdarah' Percubaan Boy Iman Sebagai Pengarah

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 5:30 AM

Boy Iman tampil dengan sebuah filem pendek arahannya berjudul Dendam Banglo Berdarah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Boy Iman merealisasikan impiannya untuk bergelar pengarah apabila tampil dengan projek sulungnya menerusi sebuah filem pendek berjudul Dendam Banglo Berdarah.

Boy atau Norul Iman Abd Rahman, 36, berkata, dia menghasilkan filem itu kerana ingin mengubat kerinduan terhadap era penerbitan telefilem dalam format video cakera padat (VCD) yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

"Sudah lama saya simpan hasrat untuk mengarah filem dan alhamdulillah impian itu terlaksana apabila Dendam Banglo Berdarah siap pada Oktober lalu.

"Idea menghasilkan filem pendek ini tercetus daripada rasa rindu saya terhadap zaman kegemilangan telefilem-telefilem yang dihasilkan dalam bentuk VCD sekitar tahun 2000 seperti Blok 404 dan Kem 505.

"Diharap menerusi filem pendek ini dapat mengetengahkan sisi saya sebagai seorang pengarah menerusi percubaan pertama ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Boy berkata, dia menghasilkan Dendam Banglo Berdarah menggunakan bajet sekitar RM10,000, namun tidak menjadikan ia sebagai satu halangan untuk menghasilkan sebuah produk yang baik.

Barisan pelakon Dendam Banglo Berdarah.

Kata Boy, filem pendek itu akan ditayangkan menerusi laman Youtube kerana menerusi cara itu hasil kerjanya mampu mendapat capaian dengan lebih luas.

"Ini adalah karya percubaan saya dengan bajet sekitar RM10,000 sahaja dan ia akan disiarkan di Youtube pada penghujung Disember ini.

"Bagus atau tidak karya ini nanti, biarlah penonton yang menilainya," katanya.

Bercakap lanjut mengenai Dendam Banglo Berdarah, Boy memberitahu penggambaran filem pendek itu hanya mengambil masa tiga hari di sekitar ibu negara.

Malah katanya, dia turut mengetengahkan bakat-bakat baharu yang juga artis dibawah pengurusannya berlakon dalam filem pendek itu dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka.

"Alhamdulillah penggambaran berjalan dengan lancar walaupun hanya mengambil masa tiga hari.

"Barisan pelakon pula semuanya masih baharu lagi tetapi saya beri peluang kerana ingin memberi pengalaman kepada mereka," jelasnya.

Sementara itu, Boy berkata, selain filem pendek itu, dia juga sedang giat mempromosikan artis-artis dibawah naungannya sebagai penyanyi.

"Sehingga kini saya ada lima artis dan empat daripadanya telah melancarkan single sendiri dan saya sedang merangka pelbagai aktiviti untuk mempromosikan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dendam Banglo Berdarah , Boy Iman

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan