Laman Web Suria FM Berwajah Baharu, Lebih Interaktif

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 5:40 AM

Wajah baharu laman web Suria FM yang kini lebih interaktif dan mempunyai pelbagai segmen baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM memperkenalkan reka bentuk baharu laman web rasmi mereka yang kini lebih efektif dengan pelbagai saluran informasi dan fungsi terkini dalam capaian lebih mudah dan interaktif.

Dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat, menerusi portal tersebut Suria FM memperkenalkan reka bentuk terbaharu lengkap dengan ciri-ciri terkini termasuk video, artikel selain berita sensasi dalam dan luar negara.

"Objektif utama reka bentuk baharu itu adalah untuk memberi tumpuan kepada kandungan di dalam laman web itu sendiri sekaligus mampu menyalurkan maklumat lebih menarik dan sesuai dengan citarasa pendengar Suria FM.

"Reka bentuk baharu ini menarik dengan menu mudah diselaraskan, navigasi jelas dan susun atur yang penuh informasi untuk semua platform," kata kenyataan itu.

Selain reka bentuk interaktif, susun atur halaman dan fungsi baharu web itu juga turut dilaksanakan dalam pembaharuan ini.

Segmen baharu yang diperkenalkan dalam laman web ini adalah seperti Sensasi, Gaya Hidup, Peraduan & Acara, Suria TV dan Carta.

"Segmen Sensasi adalah segmen merangkumi berita-berita hiburan terkini, trending dan popular manakala Gaya Hidup pula meliputi kepelbagaian aspek makanan, fesyen dan kecantikkan serta hubungan.

"Suria TV pula merupakan segmen baharu memaparkan video terbitan Suria FM dan siri rockumentry berbentuk v-log berjodol Bunkface X Suria adalah antara siri pertama yang disiarkan menerusi laman web baharu itu," menurut kenyataan itu.

Carta Suria 30 pula membariskan lagu-lagu hits terbaru dan terkini manakala Carta 3D merupakan Carta 3 Dekad yang merangkumi lagu-lagu hits daripada zaman 80-an sehingga tahun 2000.

Segmen peraduan dan acara merupakan notis maklumat terkini mengenai acara-acara anjuran Suria FM dan acara-acara pendidikan, sukan dan konsert lain yang dianjurkan pada masa akan datang.

Layari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my dan alami sendiri keistimewaan laman web ini, berhibur dengan kandungan terkini sambil dengarkan Suria FM secara langsung di atas talian.

Tags / Kata Kunci: Suria FM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan