'Anatomi' Faizal Tahir Album Terbaik 2016 Oleh Apple Music

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 6:19 PM

Album terbaharu Faizal Tahir dinobatkan sebagai antara album terbaik sepanjang 2016 oleh Apple Music.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Album terbaharu penyanyi Faizal Tahir iaitu Anatomi yang dilancarkan pada 4 November lalu telah dinobatkan sebagai salah satu nashkah terbaik sepanjang 2016 oleh Apple Music.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia kepada mStar Online pada Rabu, pemilihan itu menjadikan Faizal sebagai artis Melayu pertama dipilih oleh Apple Music di kalangan ribuan album antarabangsa.

"Ia satu penghormatan besar buat Faizal Tahir walaupun kulit album tersebut pernah menjadi kontroversi ketika ia dilancarkan baru-baru ini.

"Adalah menjadi kebanggan buat Malaysia kerana album ini adalah album yang dihasilkan oleh seorang anak Melayu dan pertama mendapat pengiktirafan daripada Apple Music sebagai antara album terbaik 2016," kata kenyataan itu.

Anatomi menampilkan tujuh lagu termasuk single Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia.

Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama di samping Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014), Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) dan akustik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan