Altimet Cabar Diri Siapkan Album 'Amboi' Dalam Sebulan

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 5:50 AM

Altimet hanya mengambil masa sebulan menyiapkan album terbaharunya, Amboi. Foto SHAARI CHE MAT/THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap Altimet memberitahu dia hanya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan proses penerbitan album terbaharunya yang berjudul Amboi.

Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 38, berkata, dia tidak menganggap tempoh itu sebagai tergesa-gesa sebaliknya ia adalah satu cabaran kepada dirinya dalam melakukan sesuatu diluar kebiasaan.

"Jujurnya saya merakamkan album ini secara spontan kerana idea saya mempunyai pelbagai idea dalam kepala saya.

"Atas sebab itu juga ia boleh disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja tetapi itu tidak bererti album ini dibuat tanpa menitik beratkan soal kualiti.

"Sebaliknya ini adalah satu cabaran kepada saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan dan Alhamdulillah sepanjang proses rakaman ia berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.

Altimet ditemui pada majlis pelancaran album tersebut yang diadakan di Talent Lounge di sini, Selasa.

Amboi menampilkan sembilan buah lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh Altimet dengan sentuhan komposer terkenal seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki.

Amboi menampilkan sembilan buah lagu.

Ia turut menampilkan artis undangan termasuk The Kawan Band, Aman-Ra, Diandra Arjunaidi, Adeep Nahar dan Amir Jahari.

Untuk rekod, Amboi yang dilancarkan sejak 27 November lalu menjuarai carta iTunes selain dua single pertamanya, Amboi dan Seru mendapat sambutan menggalakkan.

Dalam pada itu, Altimet berkata, album tersebut mengentengahkan tentang perkara yang berlaku disekelilingnya hasil daripada pemerhatiannya terutamanya di media sosial.

Dia juga tidak menafikan ada memasukkan unsur sindiran dalam lirik lagunya dalam menegur sikap negatif sesetengah masyarakat pada hari ini.

"Saya menulis tentang apa yang saya lihat dan album ini adalah refleksi kepada perkara itu.

"Penulisan secara menyindir itu kerana saya tidak mahu menghentam secara terang-terangan tetapi sesiapa yang terasa mungkin ia berlaku kepadanya.

"Paling penting mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar," ujarnya.

Tambah Altimet, dia mengambil masa beberapa bulan untuk membuat penelitian tentang gelagat masyarakat terutamanya di media sosial yang disifatkan banyak elemen sinis dalam mendapatkan perhatian.

"Saya sudah lama tidak memberi perhatian kepada media sosial tetapi apabila saya membuat perhatian memang banyak perkara negatif berada di sekeliling kita.

"Dari situ saya buat pemerhatian bagi mendapatkan idea untuk album ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Altimet , Amboi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan