WHAM Himpun 1,000 Penggiat Seni Dalam Program 'Doa Untukmu Rohingya'

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 6:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bakal mencatat sejarah dengan menghimpunkan 1,000 peggiat seni tanah air termasuk artis, seniman, pelukis, pemuzik, pemuisi bagi melahirkan rasa prihatin terhadap umat Islam etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Atas semangat kebersamaan itu, WHAM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO menganjurkan acara luahan hati melalui puisi, lagu puisi, nasyid dan lagu kemanusiaan, Doa Untukmu Rohingya di Laman Santai, Istana Budaya di sini pada 1 Januari 2017.

WHAM memilih hari pertama 2017 itu untuk menyemarakkan tahun baru dengan menyuntik rasa prihatin terhadap nasib yang sedang menimpa saudara Islam di negara berkenaan.

Acara selama sepuluh jam tanpa henti bermula pukul 2 petang dan akan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam itu bakal menampilkan Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Johan Asaari, Zarul Umbrella dan Azharina untuk sama-sama meluahkan rasa prihatin masing-masing.

Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Pelakon Tasha Shilla, Mia Ahmad, Zaiton Sameon, Aizat Amdan, pengacara Nabil Ahmad, Saiful Nizam, Raja Azmi dan kumpulan Sahabat dan beberapa kumpulan buskers lain juga sudah menyatakan persetujuan.

Lebih ramai lagi artis dijangka bersama-sama menjayakan acara tersebut.

Ia juga turut melibatkan pemuisi, buskers, pelajar institusi pengajian tinggi, ahli politik tanpa mengira fahaman, VVIP serta tokoh korporat.

“Program bersifat kemasyarakatan ini adalah himpunan rasa yang bergulir dalam diri para seniman tanah air yang turut terkesan setelah melihat apa yang berlaku di Myanmar.

“Dalam kemelut yang belum berakhir itu, umat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam, dirogol, dikelar dan dibiarkan kelaparan. Mereka turut berduka dan menangis ke atas nasib yang berlaku kepada saudara seagama.

“Justeru, WHAM mahu menggabungkan suara-suara hati itu untuk diluahkan dengan satu suara iaitu Doa Buatmu Rohingya. Kami akan menghimpunkan 1,000 orang seniman dalam acara ini,” kata Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Idea-idea diluahkan melalui seni khususnya menerusi suara suri teladan sudah tentu menjadi medium hebat dalam menyampaikan kepada masyarakat.

Doa Buatmu Rohingya juga bersifat acara amal dan bertujuan mengumpul dana daripada penajaan pelbagai pihak untuk disalurkan kepada tabung yang telah diwujudkan oleh syarikat media iaitu Tabung Rohingya Utusan dan Tabung Rohingya Media Prima.

WHAM juga memberi peluang kepada sekumpulan pelukis tanah air untuk sama-sama terlibat dengan mengadakan pameran lukisan amal Doa Untukmu Rohingya dengan sebahagian jualan akan diserahkan untuk tabung amal tersebut.

Untuk menggalakkan penyertaan semua pihak termasuk golongan muda, WHAM membuka peluang kepada anak muda untuk meluahkan rasa terhadap isu Rohingya melalui puisi, pantun, gurindam dan sebagainya menerusi laman Fanpage facebook WHAM iaitu @wartawanhiburanfanpage.

100 karya terpilih akan menerima hadiah serta bakal dideklamasikan oleh artis dan seniman tanah air pada acara tersebut nanti.

Penyertaan dibuka mulai 12 hingga 18 Disember ini dan terbuka kepada semua dengan syarat ia sebuah karya tulen.

WHAM mahu memberi ruang kepada anak-anak muda untuk meluahkan apa yang mereka rasakan.

Karya-karya tersebut tidak akan terbiar begitu sahaja sebaliknya WHAM merancang membukukan karya tersebut untuk menjadi arkib seni yang bernilai dan terus tersimpan ke masa hadapan.

“WHAM mahu menggerakkan kempen ini sekaligus menyokong ke arah resolusi kepada kemelut kemanusiaan yang dialami masyarakat Rohingya yang dinafikan kewujudannya di Myanmar,” tambah Tengku Khalidah lagi.
Tags / Kata Kunci: WHAM , Rohingya , Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan