Gandingan Mahadzir, Ogy Hos Anugerah Melodi 2016

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 5:50 AM

Pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang juga pengacara pertama program hiburan Melodi bakal tampil sebagai hos bersama pada Anugerah Melodi 2016 yang berlangsung pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung pada Sabtu malam bakal memperlihatkan pengacara asal program hiburan itu iaitu Datuk Mahadzir Lokman dan Fauziah Ahmad Daud bakal digandingkan sebagai hos acara berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TV3 kepada mStar Online, Mahadzir dan Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan Ogy bakal bergandingan dengan pengacara utama AG Hot FM, disamping beberapa lagi hos terdahulu Melodi termasuk Zizan Razak.

"Selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal juga bakal muncul sebagai hos bersama pada anugerah itu nanti," kata kenyataan itu.

Fauziah Ahmad Daud.

Anugerah Melodi 2016 akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada pukul 9 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Berbeza dengan acara anugerah yang sedia ada, Anugerah Melodi 2016 bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni.

Secara keseluruhan, Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori iaitu Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi dan Personaliti Komedi Melodi.

Kategori turut dipertandingkan Pasangan Sensasi Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi, Personaliti Fesyen Melodi, Personaliti Sukan Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Anugerah utama (Ultimate Award) iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016 bakal meraikan personaliti yang berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan yang luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat serta masyarakat.

Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan turut memeriahkan Anugerah Melodi 2016.

Sementara itu, malam anugerah itu nanti bakal dihangatkan dengan persembahan hebat penyanyi dari Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Manakala barisan penyanyi tempatan yang bakal mengadakan persembahan termasuk Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba dan Aiman Tino.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri seperti Nana Mahazan, Cheryl Samad, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera.

Berikut ialah senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016:

PERSONALITI FILEM MELODI

1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI

1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad 
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI 

1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI

1) Awal Ashaari
2) Fauziah Datuk Ahmad Daud

3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI

1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI

1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PASANGAN SENSASI MELODI

1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI

1) Nelydia Senrose 
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI

1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (Anugerah Utama)
  
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan